Dara atau kesucian, mana yang utama.............................???

on Aug 28, 2010




Terdapat satu berita portal dunia berkaitan perihal penerbitan sebuah majalah khas untuk wanita Islam moden yang turut menyentuh perihal isu kontroversi seperti konsep dara dan keperawanan.

Majalah baru, Aquila Asia yang baru dilancarkan penerbitannya Mac lalu, beribu pejabat di Jakarta, Indonesia diterbitkan dalam bahasa Inggeris yang ditujukan untuk perempuan Muslim Asia Tenggara.

Majalah itu turut memaparkan trend dan gaya penampilan wanita moden di sebalik fesyen masa kini yang sopan bersesuaian dengan wanita Islam moden. Ia juga turut memuatkan info tentang tempat makanan dan minuman halal di beberapa kawasan tumpuan ramai.


"Kami bukan mempromosikan seks, namun rencana ini kami terbit kerana di Mesir tahun lalu ramai wanita yang membeli peralatan untuk pulih selaput dara," kata Liana Rosnita, pengasas Aquila Asia.

"Ini dilakukan kerana ada tekanan pada wanita untuk tetap perawan sebelum menikah agar diterima calon suaminya," tambah wanita berasal dari Singapura itu.

Menurut pengarang Aquila Asia, Laila Achmad, rencana-rencana dalam majalah ini melibatkan gaya hidup mengangkat masalah-masalah yang dihadapi wanita Muslim di dunia pada umumnya.

"Ada juga rencana soal poligami dan juga soal keperawanan. Mungkin ada sejumlah wanita yang melakukan seks sebelum berkahwin, tetapi kerana tuntutan agama dan masyarakat, mereka mahu menjalani pemulihan dara," kata Laila.

Berdasarkan pernyataan pengarang majalah berkenaan, seolah-olah memberi maksud kepada kita bahawa selepas melakukan seks sebelum kahwin, ada yang akan menjalani pemulihan dara mereka kembali kepada asal kerana tuntutan agama dan masyarakat.

Apakah selepas melakukan seks secara tidak sah kemudian memulihkan kembali dara yang hilang akan mengembalikan kesucian seseorang itu? Dengan maksud yang lain, apakah mereka itu sudah bebas daripada dosa melakukan hubungan seks sebelum kahwin jika dara mereka dapat dipulihkan?

Mungkin tuntutan masyarakat seperti yang dinyatakan pengarang majalah berkenaan boleh diterima akal, tetapi bagi agama, tiada memberi apa-apa erti kecuali taubat kepada Allah SWT.

Kesucian seseorang wanita didalam Islam bukan terletak pada ada dara atau tidak. Kesucian wanita dalam Islam, mereka seharusnya menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh yang tidak berhak (haram).

Walaupun dara mungkin dapat dipulih oleh mata kasar manusia, tapi di sisi Allah mereka itu tetap ternoda dan berdosa jika bergelumang dengan zina.

WarkahDaily

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List