UMNO KEDAH KINI MENERIMA AKIBAT KERANA MELETAK KETUA BAHAGIAN SEBAGAI PENGERUSI GLC.

on Nov 1, 2012




Depan rakyat kita CANGKUL, Belakang rakyat kita main GOLF


MB Kedah Ustaz Azizan Razak sekarang di dalam rangka melondeh segala kelemahan Kerajaan BN yang terdahulu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, Mahadzir Khalid- Link. Tindakan ini dilihat sebagai kesiapsiagaan persiapan untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama lagi. Sedikit demi sedikit kecurangan dahulu akan dapat rakyat nilai dengan waras siapa betul siapa salah.
Strategi PAS ini diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’. Apabila air sudah masuk telinga maka air juga diperlukan untuk masuk kembali di dalam telinga dan telinga ditunggang kembali bagi mengeluarkan air yang terperangkap. Jika tidak saban hari telinga akan berdengung menganggu perkerjaan harian.
Di antara isu yang terbesar yang melibatkan bebillion ringgit ialah pendedahan pegangan tanah Kerajaan Negeri di Langkawi oleh Kedah Corporation Bhd dan Syarikat Singapura yang melibatkan padang golf di Langkawi. Mantan Pengerusi KCB dan Group Managing Directortelah membuat penjelasan-Lihat Penjelasan di dalam usaha menjernihkan tohmahan ini. Walaubagaimanapun penjelasan-penjelasan rambang sebegini akan membuka ruang yang lebih besar kepada PAS untuk mencungkil lebih dalam lagi kepincangan projek tersebut. Ibarat membuka lapang sasar untuk ditembak.
Inilah akibatnya jika Pengerusi GLC di beri kepada politikus berjawatan maka jawapan-jawapan yang diberikan dilihat rakyat sebagai jawapan politik. Rakyat atau pengundi atas pagar tidak yakin dengan penjelasan ini, hanya yang yakin adalah ‘hardcore’ UMNO di kalangan penyokong tegar mereka sahaja.
Pentadbiran Najib seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Pengajaran besar kepada BN dan UMNO ialah tidak mengulangi dengan meletak mana-mana Ketua Bahagian UMNO sebagai peneraju utama GLC. Jawatan-jawatan Pengerusi, CEO, Group Managing Director atau Pengarah Urusan biarlah dilantik darikalangan professional, mereka yang betul-betul berkelayakan dan berjiwa Melayu. 
Politik dengan perniagaan tidak harus dicampur-adukan. Kesilapan keputusan perniagaan bukan setakat mencemarkan maruah parti tetapi dengan jawatan ini juga mereka akan memperkudakan GLC untuk kepentingan politik peribadi mereka yang akhirnya akan melahirkan putaran politik wang yang ganas. Rakyat akan melihat UMNO sebagai gedung memperkayakan pemimpinnya dan akhirnya UMNO akan hancur seperti 'Semut yang mati kerana gula'.
Hakikatnya gelombang besar yang dilihat bakal merubah Kedah kini tercalar dengan watak-watak politikus yang rakus ketika memerintah.


sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List