AHMAD IDHAM.........???

on Aug 30, 2010

Idham Lalui ‘Edah’ Dengan Tenang



BARU-BARU ini, kontroversi melibatkan pengarah dan penerbit Ahmad Idham Ahmad Nadzri (gambar), penerbit David Teo dan Persatuan Penerbit Filem (PFM) menjadi topik hangat media.
Selepas sebulan isu tersebut diperkatakan, mStar Online cuba menghubungi Idham yang seolah-olah menyepi seketika daripada industri hiburan tanah air.
Belum pernah lagi kelihatan wajah Idham di mana-mana majlis berbuka puasa setakat ini. Malah dia juga jarang muncul dalam mana-mana media.
Rupa-rupanya pengarah filem Congkak itu tidak hilang ke mana sebaliknya sedang sibuk dengan penggambaran filem Senjakala yang akan ditayangkan pada bulan Februari atau Mac tahun depan..
“Saya terlalu sibuk dalam dua hingga tiga bulan ini. Kalau boleh memang saya nak kurangkan hadiri mana-mana majlis kerana saya malas hendak berhadapan dengan soalan yang tidak mendatangkan faedah dan berjumpa dengan orang industri yang ‘bermuka-muka’.
“Dalam tempoh ‘edah’ ini, lebih baik saya buat kerja produksi. Sepanjang kontroversi ini berlalu, percaya atau tidak, saya telah menyiapkan dua buah drama 13 episod iaitu Durja Ningsun dan Salon yang diterbitkan oleh syarikat saya, Excellent Pictures.
“Dalam perlaksanaan harian, saya hanya fokuskan kepada kerja kerana dulu saya terhutang drama bersiri dengan stesen televisyen termasuk Shah Jehan. Sekarang saya sedang bikin filem dan selepas Raya nanti saya akan buat drama 13 episod Ustaz Amirul. Pada November depan, saya akan arahkan sebuah lagi filem baru,” katanya.
Apa-apa pun yang berlaku, Idham menegaskan, sekarang ini kerja lebih diutamakan berbanding hal-hal lain.
Setelah kontraknya sebagai pengarah filem dan drama dalam syarikat Metrowealth (MIG) telah tamat, dia mengambil inisiatif untuk menyiapkan projek-projek Excellent Pictures.
myStar

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List