Mampukah blogger Pakatan jadi media alternatif....???

on Dec 10, 2010

Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak. - Hrkh
Itu komen dari ketua Penerangan PAS Perak. Aku tertunggu jugak komen dari Ketua Penerangan Pas Pusat, Ust Idris Ahmad.

Kalau tengok realiti di Perak, aku yakin ramai yang taktau selama ni ada Sekretariat Blogger Pas Perak. Kalau tau pun mungkin ramai yang dah lupa, sampai la baru-baru ni Wak Al-Banjari tiba-tiba mengumumkan letak jawatan sebagai presiden.

Kalau tak silap aku, sekretariat ni diletakkan terus di bawah Ketua Penerangan Pas Perak. Dan kalau tak silap aku setakat yang aku tau takdak pun apa-apa program yang melibatkan sekretariat ni kecuali satu kot, jemputan untuk menyertai road tour Pas Perak pi ke kawasan-kawasan.

Aku taktau setakat mana komitment Pas Perak terutama sekali melalui Lajnah Penerangan dengan Sekretariat ni. Wak Al-Banjari pun tak nyatakan sebab-sebab dia letak jawatan dan Ketua Penerangan Pas Perak pun tak ada komen lagi pasai perletakan jawatan tu rasanya.

Di peringkat pusat ada jugak Kelab Bloggers Pas yang ditubuhkan masa Konvensyen Bloggers Pas 2009 dulu. Kelab ni siap ada web khas bawah domain pas.org.my. Malangnya web tu cuma ada 4 entry saja, yang terakhir bertarikh 4 Februari 2010.

Aku tak pi masa konvensyan tu, jadinya aku taktau apa isi konvensyen tu. Jugak aku taktau apa status kelab tu sekarang, hidup lagi ka dak. Malah sapa presiden kelab tu pun aku taktau. Memang patut pun kalau aku taktau pasai aku memang langsung tak terlibat dengan kelab tu.

Apa aku nak timbulkan adalah, pda aku, Pas dilihat tak bersungguh-sungguh nakkan bantuan dari para bloggers. Timbul persoalan dalam hati aku, "Apakah Pas sebenarnya iklas nakkan bantuan dari para bloggers. Ataupun, Pas cuma cuba sekali-sekala sekadar nak ambil hati bloggers supaya tak dihentam."

Semalam, AlBanjari tulis satu artikel "Jika blogger pro PR pusing 360 darjah ?". 
Baru-baru ini, wak albanjari telah menemui Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkaitan status dan atur duduk perkara, apakah pemimpin PR sekarang masih perlukan khidmat mereka-mereka ini untuk melanyak BN ? Jika masih perlukan blogger PR..hargailah blogger dengan baik. Blogger bukan minta wang, balak atau pasir.. Tak jatuh airmuka pemimpin PR pun jika sekali sekala bawa blogger-blogger duduk minum-minum kopi di warung  atau dimana saja..bertanya khabar dan berita.

Tidak mustahil, jika berlaku fenomena tiba-tiba blogger Pro Pakatan Rakyat beralih 'kiblat' dan pusing 360 darjah dengan hentam PR balik, andai hal ini berlaku di kemuncak PRU13..boleh mampuih !! ketika itu nak disalahkan siapa pula ?

Apapun, sebagai seorang ahli Pas yang ada blog, aku telah, sedang dan akan terus cuba setakat upaya yang aku ada nak tolong PAS. Cumanya aku dengan cara aku dan ijtihad aku.Untuk Blogger Pakatan jadi media alternatif, sebenarnya memang dah jadi pun, cumanya setakat mana kesannya, tu yang jadi persoalannya. Kalau tengok rangking yang peraktoday buat yang keluar dalam Utusan tu, walaupun mungkin ada yang mempersoalkannya, tapi memang macam tulah realitinya, secara umumnya memang kalah kalau nak banding dengan Blogger Barisan. 

Nak buat macamana nak bagi  memang? Aku mana tau, cuba try tanya MatSamanKati, dia ni biasanya ada idea.

1 comments:

Azizan Yaakob said...

BBlog mae telah dipautkan ke http://suaramajlis.blogspot.com muka artikel melayurayadaily. Terima kasih sdr pautkan laman saya dan teruslah menulis. Selamat berjuang

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List