BUTA MATA DAN BUTA HATI......

on Apr 3, 2011

Yang Di Pertua JMM, Si Azwandin Hamzah Buat Laporan Polis Terhadap Ketua AMK Susulan Mengaku Miliki 'Video Seks' Pemimpin UMNO BN 


 





KUALA LUMPUR 3 April Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),Shamsul Iskandar Mohd. Akin agar menyerahkan bukti kepada polis jika benar beliau memiliki rakaman video seks melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah (foto) berkata, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh dua tiga hari ini, pihaknya akan meminta polis mengambil keterangan dan mendapatkan rakaman video seks yang didakwa dimiliki Shamsul Iskandar Beliau percaya pemimpin AMK itu sengaja mengeluarkan fitnah dengan niat jahat bagi mengalihkan perhatian masyarakat mengenai pendedahan video seks didakwa seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.

 "JMM ingin menasihatkan Shamsul agar tidak membiarkan dirinya dijadikan 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu bagi mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai bukti dan fakta dengan niat untuk memfitnah mana-mana pihak. 

"Jadi kita cabar beliau segera menyerahkan apa yang didakwa rakaman video seks melibatkan pemimpin politik kepada polis agar siasatan terhadap individu terbabit dapat dijalankan seperti siasatan terhadap pendedahan video seks melibatkan pemimpin parti pembangkang baru-baru ini."

Katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Shamsul di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam. Menurutnya, perbuatan beliau itu kerana terdesak untuk menyelamatkan ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks baru-baru ini, memandangkan dakwaan yang dilempar terhadap pemimpin BN dan UMNO hanya dibuat selepas pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang berkenaan.

Macam macam pertubuhan yang hayat nya menanti hujan turun dari langit berbunyi seperti katak memanggil hujan. Sudah lebih 50 tahun merdeka dan telah menyaksikan berbagai tingkah laku pemerintah tapi masih tidak dapat berfikir dan melihat keadaan sebenar nya. INI LAH NGO CARI MAKAN, bukan nya memperjuangkan nama yang dibawa tapi sekadar membesarkan tembolok mereka mereka yang berkepentingan dalan NGO ini. 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List