EPISOD MALANG PKR DITINDAS DAP BERTERUSAN

on Apr 3, 2011

Sudahlah tidak sehaluan dengan SNAP, malah dikhianati rakan Pakatan Pembangkang sendiri ketika usaha mengatasi pembahagian kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Dalam beberapa keadaan, pembahagian kerusi antara PKR dan DAP kebanyakannya berpihak kepada DAP walaupun parti itu bukanlah parti dominan dalam Pakatan Pembangkang Sarawak.

Terbaru, PKR Lanang berasa kecewa dan seolah-olah dipermainkan DAP apabila pucuk pimpinan tertinggi bersetuju memberikan kerusi DUN Dudong kepada DAP. Keputusan itu sangat mengecewakan PKR Lanang yang sebelum ini bertungkus lumus mengadakan pelbagai kempen bagi menarik sokongan penduduk kepada PKR. Segala penat lelah mereka selama ini hanya terbuang begitu sahaja.

Kekecewaan PKR Lanang tidak dapat disembunyikan lagi apabila Pengerusi PKR Lanang menyatakan, “kami kecewa kerana telah melakukan banyak usaha sejak 3 tahun lepas dan kini hilang peluang untuk bertanding di kawasan itu”.

Segala penat dan usaha PKR dalam menarik kira-kira 3,000 anggota baru dan menubuhkan 10 ranting baru hanyalah sia-sia. Selain rugi penat lelah dan wang ringgit, PKR Lanang berasakan mereka selama ini hanya dipermainkan pucuk pimpinan PKR dan DAP.

Sebelum ini, PKR memasang niat untuk bertanding di kawasan DUN Dudong dalam merampas kerusi itu dari tangan BN. Bagaimanapun, sebagai salah satu kerusi yang menjadi pertindihan PKR dan DAP, akhirnya PKR tunduk menyerah di atas desakan DAP yang berkeras mahukan kerusi DUN Dudong.

Situasi ini menampakkan PKR semakin ditekan DAP yang lihat mula menunjukkan keangguhannya dalam gabungan Pakatan Pembangkang. Jelaslah bahawa, PKR yang selama ini memperdagangkan suara dalam memperjuangkan Pakatan Pembangkang hanya bersifat boneka sebaliknya DAP bijak menggunakan peluang ini untuk menindas PKR dalam perebutan kerusi.

Inilah sebenarnya filem yang dimainkan DAP sepanjang perkenalan mereka bersama PKR dalam Pakatan Pembangkang dengan mengambil kesempatan di saat-saat akhir sebelum penamaan calon. Malah, pucuk pimpinan PKR dilihat seperti kerbau dicucuk hidung dengan mengalah dan tunduk membabi buta. 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List