Siapa Songlap Duit Kerajaan RM108 bilion?

on Apr 3, 2011


Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ. Daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

P/s: Apa kecoh-kecoh? sebelum ini pun duit songlap juga tetapi tidak kecoh pun. Ini baru ikan bilis bukan ikan jerung? Komisyen kapal selam RM517juta macam mana? Retorik betul kerajaan Malaysia. Duit hilang mahu salahkan yang lain.





0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List