SPR kaji guna biometrik kesan pengundi secara elektronik

on Apr 3, 2011


Percayalah, biometrik tak setanding dengan dakwat kekal


Sistem yang berkaitan dengan server, pasti menguntungkan. Siapa yang jaga server? pasti lah barua-barua BN. Semua itu boleh dimanipulasikan. Atas faktor keselamatan kononnya dakwat kekal tidak boleh dilaksanakan. Jika dakwat kekal itu memberi kemenangan kepada BN, sudah lama ia dilaksanakan.



PUTRAJAYA 3 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji kaedah penggunaan biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kaedah itu didapati mampu mengesan sekiranya berlaku pengundian berganda selain dapat menjamin ketelusan, namun pelaksanaannya perlu kajian mendalam memandangkan ia membabitkan kos yang tinggi.

"Itu tidak bermakna kaedah sedia ada tidak relevan (tetapi ia) selamat serta menjamin ketelusan pengundian yang dilaksanakan meskipun terdapat tuduhan bahawa berlakunya pengundian berganda.

"Sehingga kini tidak ada satu pun kes yang melibatkan petisyen pilihan raya dan dibawa ke mahkamah berkaitan dengan pengundian berganda,” katanya ketika ditemuramah oleh Bernama dan RTM di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, SPR pernah memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-12, bagaimanapun terpaksa dibatalkan cadangan penggunaannya atas sebab-sebab keselamatan.

"Cadangan itu (penggunaan dakwat kekal) juga bercanggah dengan Peruntukan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi, bermakna hak itu tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang,” katanya.

Mengulas mengenai pembersihan daftar pemilih daripada senarai pemilih yang meninggal dunia, Abdul Aziz berkata SPR setiap hari melakukan proses pembersihan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata SPR tidak boleh memotong nama seseorang pemilih berdaftar itu tanpa mendapat maklumat yang sahih dan maklumat itu hanya dapat diperolehi daripada JPN, justeru SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk melaporkan kematian kepada JPN.

"Apa yang berlaku sekarang ramai waris yang tidak melaporkan kematian dan sering berpendapat permit kubur yang diperolehi daripada polis adalah sijil kematian sedangkan sijil kematian itu hanya boleh dikeluarkan oleh JPN.

"Isu inilah yang sering dimainkan pihak-pihak tertentu kononnya wujud pengundi hantu sedangkan SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih,” katanya. - Bernama


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List