Kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu menjadikan MCA Pulau Pinang berkocak dari dalam.
Seorang ketua bahagian MCA David Yim yang tidak terpilih sebagai calon walaupun aktif di Bayan Baru hari ini mengadakan sidang media bagi menuntut presiden partinya Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan.
Sebelum itu, beberapa ketua bahagian lagi, Tan Chong Seng (Kuala Selangor), Lee Wei Keat (Subang) and Liew Yuen Keong (Serdang) berkata, tindakan Chua menyerahkan tiga kerusi Parlimen dan dua kerusi negeri kepada Umno tanpa alasan yang baik telah menjejaskan moral parti.
Chua juga dituduh mengamalkan kronisme dengan memilih calon yang setia padanya.
Ketika-tiga ketua bahagian itu juga menyalahkan Chua kerana didakwa menggunakan strategi kempen yang salah dan membuat kenyataan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan MCA tidak dipilih masyarakat Cina.
Gesaan itu dibuat menjelang pemilihan parti dan mesyuarat agung tahunannya yang akan berlangsung pada tahun ini.~ fmk
0 comments:
Post a Comment