Paderi gay: K'jaan digesa nyatakan pendirian

on Sep 3, 2010

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan yang sewajarnya terhadap paderi gay (hubungan sejenis), Ou Yang Wen Feng yang cuba menyebarkan doktrin orentasi seks sejenis di negara ini.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, DPPWP tidak melihat masalah itu di pihak Kristian sahaja, tetapi menganggapnya sebagai ancaman kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. 

"Perkara ini seharusnya dipandang jijik oleh masyarakat dan telah terbukti kesannya apabila ramai golongan yang mengamalkan seks songsang ini dijangkiti HIV dan Aids, yang juga ancaman kepada sistem kesihatan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Herman lagi, hubungan sejenis juga merosakan keturunan manusia. 

"Adalah satu perkara yang mustahil seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang lelaki untuk mengandung atau seorang wanita yang berkahwin dengan wanita memperolehi zuriat. 

"Kemunculan golongan gay dan lesbian dinegara ini adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi dalam negara ini," tambah Herman.

Oleh itu, katanya, DPPWP mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis. 

"Adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia untuk mendakwa mereka secara adil, dan kewajipan bagi kerajaan untuk menyiasat Ou Yang yang terang-terangan mengakui orentasi seksnya yang songsang itu," tambahnya.


Malaysiakini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List