Showing posts with label Gejala Sosial. Show all posts
Showing posts with label Gejala Sosial. Show all posts

FACEBOOK DAN TEMAN MAYA........

on Mar 20, 2011




Iya nya terjadi kepada kedua dua insan bernama lelaki dan wanita. Tapi kisah kali ini di fokaskan oleh wanita terhadap lelaki...... Renungkan lah.....


Terkejut  membaca Utusan Malaysia 4 Mac lalu mengenai kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bahawa setiap 15 minit ada pasangan suami isteri bercerai.
Lebih mengejutkan apabila memikirkan antara perceraian berpunca daripada isteri atau suami asyik melayan 'teman maya' di laman sosial Facebook.

Terpanggil dengan isu ini, secara kebetulan saya menerima panggilan telefon daripada seseorang  yang ingin berkongsi kes yang sama. 

Wanita itu yang saya namakan Nana (bukan nama sebenar) dan suaminya Radzi (bukan nama sebenar) masih hidup tetapi si isteri sudah memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Kepada pembaca, Nana ingin berkongsi cerita sedih akibat cinta maya suaminya dengan seorang pelayan kelab malam.

Ikuti luahan perasan Nana.

"Saya berusia lewat 20-an, sebaya dengan suami dan suri rumah sepenuh masa, mempunyai tiga anak berusia dua, empat dan lima tahun.

"Suami tidak bekerja tetap. Sesekali dia melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidup kami sekeluarga. Saya bukan berasal daripada orang senang tetapi mempunyai sedikit wang hasil peninggalan ayah. Saya ada tiga adik beradik, seorang kakak dan seorang adik lelaki.

"Sebagai suri rumah, saya tentunya ada kekurangan dalam serba serbi. Saya seorang yang suka bergaya. Memang saya amat menjaga penampilan sejak zaman anak dara lagi sehingga sekarang.
"Saya juga mengaku saya seorang isteri yang lurus bendul, taat kepada suami dan tidak pernah membantah atau meragui kasih sayang dan kesetiaannya.

"Dalam erti kata lain, memang saya sayang dan percaya suami seratus peratus. Tidak sangka sikap baik saya itu memakan diri. Suami pula buat hal dan bermain kayu tiga di belakang saya.
"Kali pertama buat hal saya maafkan. Dia janji tak buat lagi.

"Tetapi perbuatan menipu saya baru-baru ini menghancurkan seluruh hidup saya. Saya tak percayakannya lagi.
"Semuanya bermula apabila pada suatu hari dia beritahu saya hendak ke Jakarta ada urusan kerja. Saya terima alasannya mahu membantu seorang kawan membuat kerja-kerja kontraktor di sana. Saya tak banyak soal tentang pemergiannya.

"Suatu hari seorang kawan telefon beritahu dia terbaca Facebook (FB) suami saya yang bercerita keseronokan bersama kekasihnya di Jakarta.

"Kawan saya tanya ke mana suami saya pergi. Tanpa berselindung saya beritahu suami ke Jakarta, bekerja. Dia senyum sambil gelengkan kepala seperti ada yang disembunyikan.
"Saya rasa tak sedap hati dan minta bercerita lanjut. Dia ajak ke rumahnya hendak tunjuk bukti.
"Dia buka FB, tunjuk sesuatu yang buat saya hampir pengsan. Memang betul gambar yang saya nampak itu suami saya.

"Dek kerana buta IT (teknologi maklumat), kawan saya itu mengajar saya bagaimana menggunakan FB. Saya tengok status - in a relationship with… saya belek lagi, breakfast with my love in Hotel H.
"Hati saya berdegup kencang. Buat lagi suami aku ni! Banyak gambar mereka dalam aksi menyakitkan mata dan hati.

"Bagi menenangkan fikiran saya keluar rumah beberapa hari sementara menunggunya pulang. Saya nekad hendak bersemuka.

"Apabila balik, dia buat muka selamba, macam betul-betul pergi kerja. Penatlah, letih dan macam-macam. Saya tak beri peluang, terus gasak soalan tentang perempuan yang dibawanya ke Jakarta.
"Tergamam dia, terkebil-kebil hendak menjawab. Dia tunduk kepada desakan saya hendak berjumpa perempuan itu.

"Perempuan itu tidak tahu malu itu. Dia selamba kata 'bertepuk sebelah tangan takan berbunyi'.
"Dia mengaku, bukan suami saya seorang saja yang dia pernah tidur. Padanya, tidur dengan suami orang bukan perkara besar.

"Mendidih darah saya dengan perempuan kelab malam itu. Dia kurang sopan dan buat muka tak salah sambil merokok.
"Bayangkan perasaan anda jika berada di tempat saya. Mengaku baru berkenalan tiga bulan, berani ikut ke luar negara.
"Yang pelik, suami saya bukan ada duit, macam mana bawa perempuan itu makan angin?
"Selama ini saya dan mak yang banyak tolong dia. Duit ringgit, barang kemas kami habis.

"Apabila kes ini terjadi, saya minta diceraikan tetapi dia enggan. Sebab mak saya dan kami adik beradik sudah bagi amaran jika dia tidak mahukan saya lagi sebagai isteri dia boleh tinggalkan tetapi dengan syarat, selesaikan dulu semua hutang dengan mak.

"Syarat itu menekan dia. Dia tidak mahu lepaskan saya kerana dia tiada duit membayar hutang.
"Baru enam tahun usia perkahwinan. Tak sangka perkahwinan kami berakhir begini. Saya tidak nampak dia akan berubah dan kembali ke pangkal jalan. Hidupnya hanya menipu saya, mak dan adik beradiknya.

"Saya bersyukur kerana ketika saya sedih, mak dan kakak memberi saya sokongan. Saya tidak tahu apa kesudahannya kisah saya ini tetapi saya berdoa agar Tuhan memberi petunjuk untuk meneruskan kehidupan.
"Saya nasihatkan semua isteri muhasabah diri, jangan percaya seratus peratus kepada suami walaupun dia seorang yang baik.

"Setiap masa kita perlu hati-hati agar tidak 'dijual'. Pada masa sama, gunakan masa yang ada untuk celik IT, belajar dan cari ilmu berkaitan rumah tangga. Sekurang-kurangnya kita tidak mudah ditipu.
"Sebelum menutup cerita, saya menasihatkan wanita terutama para isteri supaya celik mata, buka minda dan tengok keliling apa yang berlaku. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
Sejam berbual, nyata Nana amat kecewa apa yang berlaku. Enam tahun hidup bersama, Nana diuji masalah yang amat berat.

Namun saya yakin Nana menerimanya dengan reda dan berharap semuanya akan selesai dengan cara baik. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Menutup kata, kasih sayang seorang isteri ibarat sumber air yang mengalirkan cinta dan kasih yang meluap kepada suaminya berbeza dengan perjalanan seorang suami di padang pasir untuk mencari sepohon indah yang tidak mungkin ditemuinya melainkan kesunyian! 
Salam.


Melampauu...Inikah Hasil "Tarbiyyah" Umno..??

on Mar 12, 2011




Tinjauan Metroplus di Dataran Merdeka mendapati berpuluh pasangan menjadikan kawasan itu setiap malam terutama pada larut malam untuk melakukan pelbagai aksi tidak senonoh. Suri rumah, Noriza Abdullah, 35, berkata, setiap malam terutama hari minggu dipenuhi pasangan remaja yang mengambil kesempatan melepaskan rindu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran orang lain.

Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan isu gejala sosial merebak kerana pasangan berani melakukan aksi romantik termasuk tidur di atas peha pasangan.

“Keadaan itu tidak elok untuk kami yang sudah berkeluarga terutama kanak-kanak kerana mereka mungkin akan meniru aksi berkenaan pada masa depan.
“Saya risau keadaan ini berleluasa sekiranya tidak dipantau pihak terbabit kerana Dataran Merdeka dipenuhi keluarga yang mahu meluangkan masa bersama anak,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pasangan remaja itu langsung tidak menghiraukan kehadiran orang ramai kerana mereka asyik melakukan perbuatan terkutuk dan bimbang sekiranya mereka berani melakukan aksi tidak elok.


Pengunjung, Suffian Ghazali, 40, mahu pihak berkuasa berkaitan melakukan rondaan setiap masa mencegah gejala pasangan kekasih yang melakukan aksi romantik di tempat awam.
“Mereka perlu melakukan aktiviti pencegahan bagi membendung pasangan membuat perkara sumbang kerana Dataran Merdeka dikunjungi ratusan keluarga.


“Nampaknya bilangan pasangan makin bertambah kerana tidak ada orang yang memarahi mereka walaupun melakukan perbuatan salah,” katanya.



Melampauu...Inikah Hasil "Tarbiyyah" Umno..??



Dadah pecah dalam perut punca wanita afrika berbogel?

on Feb 9, 2011




Minah Afrika bogel tepi jalan semalam tu dah 'high' .. bungkusan dadah dah pecah dalam perut dia







KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.  

myMetro

Siapa Ahli Politik Di Perak Yang Cabul Jurusolek Di Kelab Malam.....???

on Jan 12, 2011



Apa nak jadi? Dulu di Kuala Lumpur ada kes ramas punggung pelayan dan kini di Perak pula ada kes ramas buah dada. Siapakah ahli politik di Perak yang berkelakuan sumbang di malam tahun baru itu? Satu lagi kes yang tidak bermoral!! Sebab itulah rakyat terjebak dengan pelbagai masalah gejala sosial. Kita tunggu siasatan polis Perak terhadap kes ini.




Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru. 

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya. 

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi. 

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.” 

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong. 

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas. 

Leong juga menafikan bahawa wanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.

Tidak tahan godaan wang

on Jan 3, 2011




RAMAI gadis tempatan terperangkap dengan dunia pelacuran kerana mahu hidup mewah. - Gambar hiasan





KUALA LUMPUR - Bermula dengan mahu mencari wang bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang ketika di asrama, Arin (bukan nama sebenar), 27, tidak menyangka dia akhirnya terjebak dalam dunia pelacuran kelas atasan yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
Meskipun dia terlibat dalam dunia penuh noda itu selama 45 hari sahaja, ia sudah cukup untuk menyebabkan gadis itu merasakan dirinya sangat kotor berbanding insan lain di dunia ini.
Malah bekas pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu yang kini bekerja di sektor awam, masih tidak percaya tentang hakikat sisi gelap hidup yang dilaluinya itu.
"Saya perlu mendapatkan RM3,000 untuk menggantikan komputer tersebut tetapi ia bukan mudah bagi seorang pelajar seperti saya," katanya secara jujur dalam pengakuan terbuka kepada Kosmo! 



Saifuddin terkejut pelajar melacur - terkejut ke ????


Tekanan hidup kerap membuatkan seseorang gagal berfikir dengan matang sebaliknya memutuskan perkiraan yang silap.

Ada di antara mereka hidup mewah dan bayaran yang diterima setiap kali di langgan adalah lebih dari RM1000 semalam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah terkejut dan kecewa dengan pengakuan Arin yang sanggup melacur semata-mata untuk mendapatkan sebuah komputer riba tetapi berharap ia merupakan perkara yang terpencil.

Beliau berkata. tindakan Arin itu sememangnya tidak wajar kerana sanggup mengambil jalan pintas itu untuk menyelesaikan masalah. baca ini
Untuk pengetahuan Datuk Saifuddin, ini sememangnya sudah lama berlaku , kerana kesesakan hidup di Kuala Lumpur yang kos nya terlalu tinggi ada yang melacur secara terhormat. Ada antara mereka ini yang suka mencari lelaki yang berusia yang punya kedudukan yang baik sebagai sugar daddy dan akan dayang memuaskan nafsu sugar daddy mereka di hujung minggu dan mendapat upah yang lumayan.

Tidak hairan jika kita dapat melihat ramai gadis gadis muda dengan lelaki yang telah berusia dan mereka ini adalah penduduk IPT.Tidak kurang juga lelaki lembut dari IPT yang menggadai body kepada orang orang yang lebih dewasa yang sukakan sex dan layan layan lelaki lelaki lembut ini.

Datuk Saifudddin perlu lah melupakan kemelut politik  untuk menumpukan dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. Kementerian datuk perlu turun padang dan mengawasi kawasan kawasan penginapan mereka.

Ibu Terkedu....Dua beradik peluk kekasih...

on Dec 25, 2010


KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan.

Remaja umur 12 tahun mati kerana menjalin hubungan seks dengan 3 remaja lelaki

on Oct 31, 2010


Tergamam dan tidak tahu mana nak mula, sudut mana nak dikupas, bab mana nak dianalisa. Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba2 semalam dikejutkan dengan berita yang lebih buruk. REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI. Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.

Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut. Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala.

Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat).

Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina. 

Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri. Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan. Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat.

Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka. Apa nak dikata, kejahilan merata2. Kalau sampai isteri pemimpin tinggi negara pun tidak tahu membezakan Islamic dengan nonIslamic situation yang membawa kepada penghinaan kepada Islam, apa lagi pilihan kita ada. 

Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak Ahli UMNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang, kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan Kerajaan yang Bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh2 untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada PR untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'

CISSS.....APA INI MEMALUKAN........???

on Oct 29, 2010


Anak Muda Kelantan Hasil Dari Didikan PASTI dan Tarbiah Tok Garu





Artikel yang lepas aku siarkan gelagat penyokong Kelantan yang menggunakan bendera Kelantan sebagai 'mini skirt'. Kali ni gambar di atas lagi teruk. Lelaki mencium penyokong wanita di khalayak ramai. Sambil seorang lagi penyokong lelaki meraba buah dada penyokong wanita tersebut.

Aku agak inilah hasil didikan PASTI dan juga hasil dakwah dan tarbiah Tok Garu selama 20 tahun ini. Hasilnya melahirkan anak muda Kelantan yang tidak senonoh. Apa sudah jadi selama 20 tahun PAS mentadbir Kelantan? Mana undang-undang Hudud yang PAS dok canang selama ni?

Kenapa PAS hanya nampak IFF yang jauhnya di Monte Carlo sedangkan gelagat penyokong Kelantan PAS buat-buat buta?

Adakah PAS mahu berdolak-dalik lagi dan spin dengan mengatakan gambar ini adalah gambar Puteri dan Pemuda UMNO?

PAS sibuk mencari kecelaan orang lain, tetapi cela sendiri dibiarkan... Apa punya parti yang memperjuangkan Islam kalo rakyat sendiri pun macam ni?

Nota: Ada pendapat mengatakan ianya bukan penyokong wanita, tetapi lelaki... Walaupun bentuk badan seakan wanita... Apapun, jika benar penyokong lelaki maka tak salah aku katakan Tok Garu bawak fahaman GAY dan HOMOSEKS di Kelantan... Apabila lelaki bercium sebegitu rupa, bukan homoseks ke namanya?? 

KINI TERSEBAR PULAK VIDEO SEKS USTAZAH......???

on Oct 25, 2010



SORRY NO VIDEO OK.....



Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini masyarakat dihidangkan pula dengan aksi rakaman terbaru berjudul ‘Video Seks Ustazah’ yang semakin tersebar di kalangan remaja sekitar bandar raya ini. Lapan klip video di lapan lokasi berlainan, termasuk dua aksi dilakukan di dalam kereta yang mana si lelaki memandu sambil meraba teman wanitanya yang bertudung labuh dan digelar ‘ustazah’.

Rakaman antara empat hingga 30 minit itu dipercayai turut dilakukan di sebuah hostel atau asrama berdasarkan latar belakang yang mempunyai deretan katil dua tingkat. Video seks berkenaan menjadi hangat disebabkan gadis terbabit bertudung dan berbaju kurung selain rela melakukan ‘aksi’ bersama pasangannya di depan kamera.

Rakaman itu juga menunjukkan gadis terbabit rela wajahnya dirakam ketika bercumbuan, termasuk ketika teman lelaki menanggalkan pakaiannya serta tudung. Rakaman aksi panas di dalam kereta selama enam minit pula menunjukkan seorang lelaki memandu sambil meraba teman wanitanya yang bertudung.  “Walaupun wanita bertudung dan berbaju kurung itu tidak berbogel, rakaman menunjukkan dengan jelas kedudukan tangan teman lelakinya iaitu di celah paha gadis itu". Hampir semua rakaman itu menunjukkan gadis memakai baju kurung dan bertudung sehingga digelar ‘ustazah’.

Sebanyak lima rakaman antara 11 hingga 30 minit ini memaparkan aksi seorang gadis memadu kasih bersama teman lelaki". Satu daripada rakaman menunjukkan pintu bilik diketuk seseorang, menyebabkan pasangan yang tidak berbaju ini terkejut dan cuba menyembunyikan diri. Pasangan terbabit merakam kelakuan mereka untuk tujuan peribadi dan bukan untuk diedarkan.

Saya dapat melihat dengan jelas aksi mereka, terutama ketika rakaman di dalam sebuah Perodua Kancil yang menunjukkan gadis berbaju coklat itu melakukan seks oral serta bercumbuan".
***kenapalah dalam dunia ini ramai sangat orang yang bodoh lagi gila. kalau merenyam tak ketahuan hingga melakukan kerja-kerja seks macam tu, kenapa perlu rakam. apa perlu dirakam?? kemudian cuai pula menjaga rakaman tersebut.  bila video seperti itu tersebar, yang malunya mak bapak merekalah. yang untungnya taukeh-taukeh vcd, yang rosaknya remaja-remaja yang menontonnya. mungkin mereka juga akan terdorong akan melakukan seperti apa yang mereka perhatikan***



Putrajaya "Lubuk Maksiat"

on Oct 18, 2010


(Gambar: Lelaki yang ditangkap berkhalwat dengan isteri 0rang baru-baru ini di Putrajaya sedang memeluk isterinya mungkin menyesal atas perbuatannya )
PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.
Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.
Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.
Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.
“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.

“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.
Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.
Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.
Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.
“Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga ‘orang luar’ menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.
“Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu,” katanya.
Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.
Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.
Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.
“Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa ‘menyembunyikan’ diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran,” katanya.

Budak sekolah bertudung berani seks di tempat awam......???

on Oct 8, 2010


Lu Fikir Lah Sendiri.............



Macam - macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang ni nak jadi pornstar ke ape? Keruntuhan moral budak-budak sekolah sekarang dilihat semakin ketara, nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas.

Di bawah ini gambar-gambar bukti yang menunjukkan terdapat budak sekolah yang cukup berani melakukan seks walaupun di tempat awam. Gambar ini sebenarnya hasil dari screenshot video yang diperolehi di youtube.com, namun begitu KaTaK rasakan tidak perlulah link video tersebut didedahkan kepada umum memandangkan ia hanyalah memalukan bangsa melayu sendiri.

Di dalam video tersebut kelihatan seorang individu yang tidak dikenali merakankan adengan seks sepasang remaja sekolah dari dalam sebuah rumah. Intipan itu dilakukan melalui sebuah tingkap. Melihat keadaan persekitaran, pasangan ini nampaknya benar-benar melakukan aktiviti seks di tempat terbuka.

Berikut gambar-gambar yang dimaksudkan, sila klik untuk membesarkan image.





HAPUSKAN SEMUA KEMPULAN SAMSENG @ GANGSTER.

on Sep 23, 2010

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/images.jpg

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis menumpukan usaha membanteras gangterisma secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Jika pihak Polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangterisma tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja. Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang Menteri.

Gejala gangterisma ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli Politik yang melindungi mereka. Kumpulan gangster ini ada di mana-mana dalam negara kita. Dalam pilihanraya pun mereka boleh muncul seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di kawasan Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan Ah Long.

Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka.

PAS berharap agar pihak Polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster ini. PAS mahu satu jaminan daripada pihak Polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah. Dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa. Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Paderi gay: K'jaan digesa nyatakan pendirian

on Sep 3, 2010

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan yang sewajarnya terhadap paderi gay (hubungan sejenis), Ou Yang Wen Feng yang cuba menyebarkan doktrin orentasi seks sejenis di negara ini.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, DPPWP tidak melihat masalah itu di pihak Kristian sahaja, tetapi menganggapnya sebagai ancaman kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. 

"Perkara ini seharusnya dipandang jijik oleh masyarakat dan telah terbukti kesannya apabila ramai golongan yang mengamalkan seks songsang ini dijangkiti HIV dan Aids, yang juga ancaman kepada sistem kesihatan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Herman lagi, hubungan sejenis juga merosakan keturunan manusia. 

"Adalah satu perkara yang mustahil seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang lelaki untuk mengandung atau seorang wanita yang berkahwin dengan wanita memperolehi zuriat. 

"Kemunculan golongan gay dan lesbian dinegara ini adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi dalam negara ini," tambah Herman.

Oleh itu, katanya, DPPWP mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis. 

"Adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia untuk mendakwa mereka secara adil, dan kewajipan bagi kerajaan untuk menyiasat Ou Yang yang terang-terangan mengakui orentasi seksnya yang songsang itu," tambahnya.


Malaysiakini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List