Spekulasi: SPR Bakal Buat Pilihan Raya Umum Ke 13, Selepas Najib Berjaya Pastikan Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buloh Nanti.
Pilihanraya Umum Ke-13 bakal menjelang tiba bila-bila masa dari sekarang. Banyak desas-desus mengatakan PM Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas sahaja Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh.Kononnya, bila Anwar telah terpenjara maka, mudahlah bagi UMNO BN untuk melaksanakan agenda mereka. Biarpun rakyat dikatakan akan turun dijalanan untuk sekali lagi membuat protes besar-besaran andainya Anwar terpenjara lagi. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa"gelombang reformasi kedua" yang bakal berlaku itu tidaklah sehebat ketika Anwar dipecat daripada UMNO dan Kerajaan dulu. Soal rakyat boleh menerima atau tidak kini sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Najib. Apa yang penting, agenda politik beliau tercapai. Harus diingat juga, musuh politik Anwar dulu iaitu "Mahathir Mohamad" kini merupakan proksi terapat Najib. Jika Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Pak Lah, maka mana mungkin Najib boleh berkuasa sekarang. Lantaran itulah,Najib terpaksa melantik anak Mahathir iaitu Si Mukhriz menyertai kabinet barunya. Sedangkan Mukhriz telah tewas kepada menantu Pak Lah, Si Khairy Jamaluddin ketika itu.
Mahathir adalah Sifu kepada Anwar, tetapi kini mereka "musuh politik"
Apakah Mahthir tergamak melihat Anwar ditampuk kuasa agaknya
Ini semua adalah rancangan politik licik Najib untuk menguatkan lagi cengkaman Mahathir itu sebenarnya. Tambahan pula, Mahathir kini dilihat sebagai "Penasihat UMNO BN" biar pun tidak secara rasmi. Inilah hakikatnya. Maka itu, bukankah Mahathir dan Anwar masih belum berdamai lagi. Ini pasti akan menyebabkan Mahathir memainkan peranan untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara sehingga ke akhir hayatnya. Jika ini berlaku. barulah beliau puas hati dan boleh tidur lena. Beliau sebenarnya kecewa dengan tindakan Pak Lah yang tidak mahu campur tangan mempengaruhi hakim, hingga menyebabkan Anwar akhirnya dibebaskan selepas keputusan-2-1 yang memihak kepadanya. Apakah Mahathir akan berdiam diri melihat Anwar terus disanjung dan mungkin berkuasa suatu hari nanti agaknya.
Mahathir tahu, jika Anwar menang dalam kes liwat II yang dihadapinya ini makanya yang akan mendapat susah ialah beliau sendiri. Tambah berbahaya jika Anwar berjaya pula membawa Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihanraya umum nanti. Langkah terbaik ialah memastikan Anwar tewas. Jika tidak, sudah pasti Mahathir akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Justeru itulah mereka harus berhati-hati untuk memastikan riwayat politik Anwar berakhir kali ini. Langkah bijak Najib pula dalam memastikann masyarakat antarabangsa menerima keputusann yang akan dibuat oleh mahkamah Malaysia terhadap isu Anwar. Beliau telah menghantar proksinya Jamaluddin Jarjis (foto),sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Bukankah beliau tahu, JJ adalah Ahli Parlimen Rompin yang sepatutnya banyak menghabiskan masa di kawasannya itu. Maka tidak wajar jawatan tersebut diberikan kepada beliau. Ramai lagi calon-calon yang berkelayakan boleh memikul tanggungjawab tersebut. Namun, mengapakah JJ yang menjadi sandaran Najib?. Setelah diamati betul-betul, maka fahamlah kita bahawa keputusan menghantar JJ ke Amerika adalah misi Najib sebenarnya. Beliau mahu JJ memperbetulkan persepsi Amerika Syarikat terhadap keputusan yang akan dijatuhkan terhadap Anwar nanti.
JJ akan mendapatkan seberapa banyak sokongan dariAmerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpengkalan di negara itu untuk menerima kenyataan bahawa Anwar memang penjenayah dan tidak layak untuk bergelar pemimpin. Kini, usaha menjatuhkan nama Anwar diluar negara diamanahkan kepada JJ, antara proksi rapat Najib. Mereka mahu masyarakat antarabangsa tidak panik seandainya Anwar dijatuhkan sekali lagi hukuman terhadap kes liwat II yang dihadapinya sekarang. Inilah yang mereka mahukan, selepas itu barulah pilihanraya umum akan dilaksanakan. Semua ini adalah satu strategi politik Najib yang mendapat restu daripada APCO Worldwide (foto) sebenarnya. Akhirnya Anwar akan kembali ke penjara dalam keadaan mereka sudah bersedia meyakinkan masyarakat dunia bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang"peliwat".
Pilihanraya Menjelma Selepas Anwar Terpenjara!
Selepas semua agenda memburukkan Anwar dan menyakinkan masyarakat antarbangsa bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Anwar itu adalah"relevan", maka barulah segala tugasan seterusnya akan dipikul oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Tan Sri Aziz Yusoff (foto). Beliau akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tarikh pembubaran parlimen dan pilihanraya dapat dijalankan dalam keadaan UMNO BN telah mendapat sokongan padu daripada rakyat. Ketika ini, isu Anwar akan dianggap bukan pokok utama dalam perjuangan mereka. Najib sudah pasti akan menggunakan segala kekuatan untuk memastikan keputusan terhadap Anwar dapat diterima oleh rakyat. Maknanya, pilihanraya seawal-awalnya pasti akan diadakan pada pertengahan atau awal tahun depan. Ini berasaskan kepada keputusan perbicaraan kes liwat II Anwar kelak. Persoalannya, apakah akan terjadi jika Anwar pula didapati tidak bersalah dan menang kes ini?. Inilah yang memusykilkan mereka yang merancang sebenarnya. Lantaran itulah, bagi memastikan segalanya berjalan lancar segala pihak yang terlibat perlulah memainkan peranan untuk memastikan Anwar mesti "dipenjarakan". Maka itu juga, kita tidak hairan dengan senario yang berlaku di mahkamah sekarang ini. Sudahlah Anwar dinafikan hak untuk mendapatkan segala salinan dokumen berkaitan untuk tujuan pembelaan. Malah beliau jugadinafikan hak untuk mendapatkan rayuan yang sewajarnya di mahkamah berkaitan. Alasannya cukup mudah iaitu mahkamah tiada kuasa untuk mendengar rayuan Anwar itu.
Ada makna, Najib dan Anwar ketika minum bersama di lobi parlimen
dulu, Anwar dan Mahathir pun selalu minum bersama sebenarnya
[Melihat kepada apa yang didedahkan ini, ternyata ia bakal menjadi kenyataan agaknya. Tambahan pula kes Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan akan dibicarakan semula tidak lama lagi. Makanya, inilah masa yang paling sesuai untuk memastikan konspirasi ini berjaya. Namun, Najib juga gusar sebenarnya. Andainya apa yang dirancang tidak terlaksana maka sudah pasti ia akhirnya akan memakan diri. Andainya, jika rakyat membuat protes besar-besaran selepas Anwar terpenjara menyebabkan besar kemungkinan UMNO BN akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka tiba bila-bila masa ini bakal menjadi penentu terhadap sokongan rakyat kepada UMNO BN di kawasan "talian hayat" mereka itu. Andai mereka tewas di sana seperti yang berlaku di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu sebelum ini, maka sudah pastilah ia akan menjadi petanda kejatuhan UMNO BN di peringkat pusat selepas ini. Apakah agenda menghumbankan Anwar dapat dilaksanakan andai ini berlaku?. Atau mungkin juga ada kompromi lain antara Najib dan Anwar pula akan berlaku. Sama-sama kita nantikan adengan ini. Semuanya akan memanaskan lagi iklim politik negara].
PahangDailyOnline.
0 comments:
Post a Comment