Syed Husin Sudah Nyanyuk – Zaid
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali, yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah "nyanyuk" kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Syed Husin, yang dilaporkan portal berita Merdeka Review, yang mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan Rakyat (PR).
"Saya ditugaskan untuk memberi satu idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP dibawah PR untuk didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai satu gabungan yang sah.
"Sekarang permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranan saya itu juga belum menjadi satu jawatan yang rasmi.
"Mungkin jika selepas PR diluluskan jawatan penyelaras itu akan diberikan kepada orang lain saya tidak tahu kerana apa, yang penting saya hanya menjalankan tugas yang diberikan.
"Saya tak faham kenapa beliau (Syed Husin) perlu mempertikaikan kerja saya kerana beliau juga sebenarnya tidak pernah terlibat langsung dalam usaha pembentukan PR.
"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Syed Husin dalam wawancara tersebut mempersoalkan jawatan Zaid sebagai penyelaras dan mendakwa Zaid tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar PR.
Pemimpin veteran itu turut mengkritik disiplin Zaid, yang kononya hanya sesekali menghadiri mesyuarat biro politik PKR. Syed Husin juga berkata Zaid bukan seorang "team player".
Ada Alasan Kenapa Tidak Hadir Mesyuarat
Zaid, walaupun mengakui tidak mampu menghadiri setiap mesyuarat biro politik yang diadakan hampir setiap minggu, berkata beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tidak hadir.
"Kadang kala saya ada tugas lain yang lebih penting termasuk hal bersama rakyat. Jika beliau hendak pertikaikan disiplin saya, tanya dia berapa kali (naib presiden) Azmin (Ali) tak datang mesyuarat.
"Jika Azmin tak datang tidak apa, tapi jika saya tidak hadir mereka jadikannya sebagai satu isu. Hakikatnya walau apa pun saya masih tetap bersama dengan perjuangan parti…Tidak apalah jika mereka nak kata apa pun. Saya tidak ambil hati, biarkan sahaja," katanya lagi.
Ditanya mengenai harapannya memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan pucuk pimpinan parti penghujung bulan depan, Zaid berkata beliau tetap optimis dengan pencalonan yang diterima daripada setiap cabang.
Sehingga kini, Azmin, yang juga akan bertanding jawatan tersebut, mendahului pencalonan dengan memperolehi 36 pencalonan, diikuti Zaid (19) dan pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub (10).
"Kita tunggu lagi sebulan dan lihat bagaimana prestasi pencalonan. Segala keputusan nanti saya akan terima dengan hati terbuka," kata Zaid.
Azmin gesa Zaid Tarik Balik Kenyataan
Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.
Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.
Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.
Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.
Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.
"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".
P/s : Azmin ni lari daripada tajuk ke? Zaid sudah jawab, tapi Azmin belum jawab.
Baca sini dulu baru faham.
0 comments:
Post a Comment