Blog ini gelagatanwar mendoakan agar ‘group’ yang menyokong Zaid Ibrahim dikurniakan kekuatan untuk meneruskan pertandingan sengit pada ketika ini. Berkesempatan ke Bandar Maharani, Muar – untuk berjumpa dengan rakan-rakan; sokongan untuk Zaid di peringkat akar umbi jangan dipandang sepi. Ramai juga yang percaya, Zaid sahajalah yang mampu untuk mempertahan PKR daripada belenggu ‘geng sodomi’ yang suka menjatuhkan orang lain.
Zaid mesti berusaha keras, sambil mengharapkan ‘panggilan manja’ Kak Wan dapat membantunya dalam mendapatkan pencalonan tambahan. Nak bertanding Zaid dah lebih dari layak. Ini cuma nak mendapatkan ‘morale victory’. Panggilan manja Kak Wan lebih ‘valuable’ berbanding dengan ‘panggilan maut’ Pak Sheikh. Kak Wan lebih mampu untuk memujuk bukan MENGUGUT. Ini yang cantik.
Antara ayat Kak Wan: ‘jangan tengok Azmin sahaja….sanggup ke u nak tengok si ‘dia’ itu berada dalam parti’. Ramai yang tak boleh nak define ‘dia’. Tapi ramai yang kata, kalau PKR pilih Azmin; maknanya PKR juga memilih SHAMSIDAR TAHARIN sebagai ‘pemimpin’ parti. Ish, ramai yang takut dengan permainan ‘mandrem’ Shamsidar. Boleh tak tidur malam. Tak percaya? Cuba tanya KETUA UMUM yang kemaruk Shamsidar selama beberapa ketika. Nasib baik boleh ‘tapau’ sebab kawan-kawan. Kalau idak, pening kepala dibuatnya.
Zaid perlu gandakan kekuatan. Jangan terlalu bergantung dengan kekuatan ‘panggilan manja’ Kak Wan. Kena kuatkan jentera sendiri. Guna Lateefa Koya. Guna Jonson Chong.Guna Sivarasa. Guna semua. Jangan nak undur diri.
Selepas 78 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin memperolehi 43 pencalonan.
Manakala pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan.
Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.
Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Keputusan pemilihan calon di dua lagi cabang di Sabah – Sepanggar dan Pensiangan – belum dapat disahkan.
Kemampuan Azmin memang nampak macam ‘bottomless pit’. Berapa nak? Dia akan bagi. Lawatan ‘Santa Claus’ Azmin ke Sabah mendatangkan hasil yang cukup memberangsangkan. Dengan janji ‘up’ jika dapat pencalonan dan memastikan undi nanti. Memang Azmin hebat. Walaupun bukan Anggota Exco kerajaan Negeri; Azmin mampu mengumpul kekuatan kewangan yang sangat hebat.
0 comments:
Post a Comment