Rogol Amah : Mana SKMM? Kenapa Rais lambat menafikan? tanya Rocky Bru

on Jan 6, 2011

Datuk Ahirudin Atan (Rocky) bersama TG Nik Aziz
Jangan lah jealous ya



Ada pihak yang memberikan jawapan tentang kenapa Rais Yatim mengambil masa yang panjang untuk menafikan tuduhan Merogol Amah yang dilemparkan terhadapnya oleh Rocky Bru..

Katanya pada masa Rocky Bru menyiarkan artikel mengenai isu ini, Rocky Bru hanya menulis "seorang menteri" telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007 dan bukannya ditulis Rais Yatim telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007.


Rasanya nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu telah mula tersebar dan menjadi bahan siaran selepas tiga hari sahaja Rocky Bru menyiarkan artikelnya itu..

Nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu walaupun telah dihitamkan tapi bayangnya masih kelihatan pada dokumen terakhir yang disiarkan oleh BigDogDotCom.. kemudiannya tersebar didalam artikel ini “Nah!! Nama menteri itu jelas terpapar dalam laporan ini” pula..

Kalau dikira dari tarikh dokumen itu disiarkan oleh BigDogDotCom iaitu 28 Disember hingga ke semalam iaitu 05 Januari 2011 ianya lebih kurang satu minggu..

Satu minggu?? Lama lah tu.. kalau nak dibandingkan dengan penafian yang Anwar buat mengenai pendedahan oleh WikiLeaks bahawa beliau telah masuk perangkap liwat yang hanya dinafikan dalam masa kurang dari 24 jam rasanya..


Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto atas bersama TG Nik Aziz) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List