Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).
Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.
Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti
sumber :- Utusan Malaysia
Nauzubillah...teringat semasa sekolah dulu ustaz menceritakan satu kisah atau peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Nabi Luth kerana disebabkan kaumnya yang telah sesat mengamalkan budaya hubungan sejenis, maka Allah menurunkan bala ke atas negeri tersebut dengan memerintahkan malaikat Jibril mengangkat negeri Sadum ke atas tinggi sekali lalu menterbalikkan dan menghempaskannya sehingga hancur sehancur-hancurnya.
Kemudian diturunkan hujan batu dari langit sementara dari dalam tanah pula keluar api sehingga musnah semuanya kecuali Nabi Luth serta kaumnya yang taat dan beriman kepada Allah swt. Oh Malaysiaku...
0 comments:
Post a Comment