KISAH AHMAD SARBINI......???

on Jun 1, 2011










KEADILAN  merasakan seolah-olah wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad Sarbaini. Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan.













Justeru KEADILAN menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan segera. 
Hadir menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin. N Surendran berkata, sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham. 

Manakala penyiasat dari  SPRM  sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya terlibat dalam insiden kematian itu. “Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa ‘orangnya’  terlibat dalam kematian tersebut. 
“Selepas hampir 2 bulan masih tiada tindakan atau tangkapan oleh polis. Keadaan ini seperti pengulangan kes yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock. Besar kemungkinan ada ‘foul play’ dalam kematian ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. 

Dalam memorandum tuntutan yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara hari ini, KEADILAN menuntut tindakan mengikut undang-undang dan prosedur jenayah dilakukan ke atas anggota SPRM yang bertanggungjawab. 
Kandungan memorandum itu menuntut siasatan segera ke atas laporan polis yang dibuat balu mangsa dan perkembangannya dimaklumkan segera kepada keluarga Ahmad Sarbani dan rakyat Malaysia. 

“Ketua Polis Negara dituntut memberi akujanji bahawa kesemua kes berprofil tinggi yang disiasat secara adil, cepat dan telus walaupun melibatkan agensi kerajaan lain,” jelas kenyataan tersebut yang dipetik. 
Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN Tian Chua menegaskan, pihak berkuasa seperti tidak berperikemanusiaan apabila memandang ringan kes ini dengan melengah-lengahkan prosedur siasatan.

“Sedangkan dalam kes melibatkan ahli politik pembangkang, polis kelihatan ada tanggungjawab sosial. Mereka secara konsisten akan memaklumkan kepada media setiap perkembangan, tetapi tidak bagi kes ini. Walhal, kes ini lebih serius,” katanya kepada Keadilandaily ketika ditemui i perkarangan Balai Polis Bukit Aman. 
Sementara itu, Nurul Izzah Anwar mendakwa kelewatan kes ini adalah bukti bahawa pihak berkuasa melakukan penyiasatan terpilih.“Tidak ada petanda yang jelas dalam perkembangan siasatan. Persepsi masyarakat bahawa setiap aduan adalah serius. Untuk hal seperti ini perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Izzah menuntut kerjasama pihak media menyebarluas tuntutan keluarga Sarbani seperti terkandung dalam laporannya kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut jawapan dan siasatan terbuka punca kematiannya. 
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan, polis perlu menangani kes ini sebagai kes jenayah, dan bukannya politik. “Ini adalah isu kematian seorang pegawai kerajaan yang merupakan aset dan telah berkhidmat kepada negara. Apatah lagi, siasatan dilakukan terhadap Sarbani oleh SPRM merupakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah ke peringkat akar umbi,” katanya. 

Justeru, beliau menyeru kepada ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bakal berlangsung bulan ini. Terdahulu sebelum itu, memorandum 3 muka surat diserahkan kepada Ketua Polis Negara melalui pegawainya, ASP Rajvinder Kaur. 





1 comments:

suahati said...

cantik blog ini,tpsusah sikit nak baca sebab tulisan warna hitam dan kecil tu, membuat ana yg rabun ni makin gelap........

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List