"Saya dah bersara mana ada duit nak biaya FMT" – Zaid

on Nov 19, 2010

z

PETALING JAYA: Bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Zaid Ibrahim hari ini menafikan laporan beberapa akhbar kebelakangan ini yang mendakwa beliau sebagai pemilik mahupun pembiaya akhbar portal Free Malaysia Today (FMT).
"Saya sudah bersara, mana ada banyak duit untuk membiayai FMT.  Apatah lagi sebagai pemiliknya," jawab beliau sambil tertawa apabila diajukan soalan mengenainya.
Ketika dihubungi, beliau turut memberitahu FMT dakwaan yang telah wujud sebelum ini lagi tidak seharusnya ditimbulkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Isu ini dulu sudah pun ditimbulkan.  Sekarang saya sudah tarik diri pun masih ada lagi. Suruhlah orang yang bercakap itu bertanya kepada FMT sendiri.
"Jika saya hendak tubuh parti baru pun belum tentu cukup duit, inikan pula untuk membiayai FMT," ujar beliau lagi.
Beliau turut memberitahu, sehingga kini beliau masih belum memutuskan samada akan menubuhkan parti baru atau pun sebaliknya.
Dalam perkembangan sebelum ini, dalam blog Zaid Untuk Rakyat, beliau mengesahkan akan keluar dari PKR yang telah disertainya pada tahun 2009 itu, pada 16 Disember ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List