Zaid Bising, Anwar Pening, Umno Ketawa Guling-guling

on Nov 19, 2010

"Zaid dah bising-bising, Anwar mula peninng-pening. Umno ketawa guling-guling. Masyarakat makin pusing-pusing. Zaid dah menjatuhkan talak tiga dengan PKR. Dia begitu menyampah dengan Anwar dan PKR yang pernah didakapnya semasa seronok-seronok dulu. Kesnya kerana silap membuat kopi tawar, sumpah seranah Zaid. 


Dah menceraikan Anwar dan PKR. Masing-masing yang busuk-busuk keluarlah. Kini giliran Anwar pula membidas Zaid. Dulu Zaid bagai anak emas PKR. Zaid merayu masuk PKR (betulkah?), Anwar bagi. Minta peranan Penyelaras PKR dibagi juga. Minta jadi calon Hulu Selangor dibagi juga. Minta pimpin PKR Wilayah Persekutuan dibagi juga. Minta jadi Penasihat PKR, barulah Anwar mula tunjuk penumbuk. Apa-apa diminta Zaid diberi, Zaid seronok. Seronok Zaid menyebabkan dia 'mua' dan merajuk apabila bertanding Timbalan Presiden tapi nak kalah. Cepat kecut! Kalau nak dikira tak betul banyak tak betulnya, mungkin sebabnya baru bertatih pemilihan sebegitu. Zaid kalah dengan Azmin.

Orang yang lama dalam PKR, terasa juga. Minta-minta tapi selalu juga ditunjuk penumbuk. Zaid yang dilebihkan. Apabila jadi macam ini, orang lama memulangkan paku buah keras, kalau kena kepala bincut juga.

Jadinya kalau yang ada nama sedikit masuk parti, janganlah dilebihkan-lebihkan sangat, tak kira PKR, tak kira PAS. Umno 'mampus pi lah', dia banyak benda yang boleh disuap. Kasihan orang lama kalau yang baru dilebih-lebihkan.

Nak tanya juga berapa 'ekor' yang berjaya Zaid masukkan ke dalam PKR. Jawablah...terasa nak dengar juga.

1 comments:

Anonymous said...

Guling2 dan terbahak2 ketawa ... yeh yeh misi dah berjaya ...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List