'Sandiwara politik PKR sudah lengkap'

on Nov 19, 2010

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata pengumuman bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, untuk meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara dimainkan kepemimpinan PKR selama ini. 

“Kecundangnya Zaid, sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun kecil yang mendokong falsafah politik matlamat menghalalkan cara, menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.



“Dengan pengunduran Zaid, kita sudah boleh membaca susunan kepemimpinan PKR akan datang yang jelas membuktikan amalan ‘KKN’ iaitu ‘kronisme, korupsi & nepotisme’ yang cukup hebat,” katanya dalam laman blognya www.zul4kulim.blogspot.com.
Justeru, Zulkifli menasihatkan Zaid supaya tidak berganjak dengan keputusannya untuk meletakkan semua jawatan dan keluar daripada parti selepas mendakwa wujud penyelewengan dan mempersoalkan proses pemilihan parti. 

Zulkifli yang juga wakil rakyat BEBAS berkata Zaid perlu kekal dengan keputusannya kerana itu ia akan membolehkan rakyat melihat segala kepalsuan yang berlaku dalam PKR. 

“Tindakan Zaid untuk menubuhkan parti baru akan memberi mereka bola tanggung. Mereka akan canangkan anda sebagai orang gila kuasa. Mereka akan kata, tak dapat jadi Presiden PKR dia pergi buka parti baru dan jadi Presiden!,” katanya. 

Katanya, dengan sejarah Zaid yang pernah melompat dari UMNO dan pernah merajuk apabila tewas pada pemilihan Ketua bahagian UMNO Kota Bharu, ruang untuk PKR menyerang Zaid terbuka luas maka beliau perlu bersedia dengan segala maki hamun, caci maki, fitnah, pembohongan dan penipuan oleh pemimpin PKR. 
Beliau berkata, jika dalam keadaan surat keluar parti belum dihantar, pelbagai tuduhan dilemparkan termasuk didakwa sudah bersedia dengan parti baru, keadaan akan lebih teruk jika Zaid terus kekal kerana belia akan dituduh pemimpin PKR sebagai `barua’ Barisan Nasional (BN) dalam PKR atau sebagai kuda tunggangan UMNO. 

Katanya, semua itu adalah permainan licik PKR dan untuk itu Zaid perlu mengekalkan tentangan tetapi perlu lebih bijaksana. 

-BH-

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List