Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts

Kepincangan Pemilihan PKR terus didedah

on Dec 11, 2010

pemilihan 2010


Kepincangan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir baru-baru ini terus didedahkan satu-persatu oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat dalam blog sharpshooter.blogspot.
Beliau mendakwa tiada laporan keputusan terperinci bagi cabang-cabang Negeri Sarawak di laman web rasmi PKR seperti mana keputusan cabang-cabang lain.
Pengendali blog tersebut turut mempertikaikan apabila keputusan pemilihan di cabang-cabang lain seluruh negara yang dipaparkan di laman web yang sama sebelum ini secara tiba-tiba hilang sehari selepas beliau mendedahkan beberapa keputusan yang meragukan.
Malah katanya, ketika Kongres berlangsung, Pengerusi Tetap AMK hanya mengumumkan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemenang tanpa mengumumkan berapa jumlah undi yang diterima oleh Shamsul dan lawannya Badrul Hisham Shaharin.
Berdasarkan rekod, belum pernah terjadi dalam mana-mana pertubuhan politik, NGO mahupun SPR sendiri yang mengumumkan keputusan rasmi pemilihan tanpa menyatakan jumlah undi yang diterima oleh calon-calon.
Analisa yang dibuat oleh pengendali blog itu turut melaporkan calon Ketua AMK, Badrul Hisham telah berjaya menewaskan pencabarnya, Shamsul bagi cabang-cabang di seluruh Semenanjung dengan majoriti 119 undi.
Pertikaian belum dijawab
Namun Badrul Hisham tewas teruk di tiga cabang di Sabah dengan jumlah kehadiran pengundi yang meragukan seramai 600 orang di Cabang Batu Sapi sekaligus menjadikannya satu pertikaian besar yang belum dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat.
Beliau menggesa pemimpin PKR agar tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melaporkan kepincangan yang berlaku, sebaliknya hendaklah menyalahkan pihak-pihak yang melakukan kepincangan tersebut.
Sementara itu, dalam satu entri yang lain dalam blog yang sama, menggesa agar Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim tidak memandang ringan dan mengambil mudah terhadap keputusan soal selidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) kerana ia bukanlah propaganda yang datangnya dari pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
Keputusan yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) baru-baru ini, mendapati 52 peratus daripada 1,124 responden berkata konflik dalaman PKR telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

Aktivis Reformasi sokong Che'gubard tak iktiraf Pemilihan

on

Ko orang cakap apa pun anwar tak akan dengar. anwar dah kemaruk nak ke putrajaya. reformis ke reformasi ke anwar tak hairan janji puak dia dah kontrol PKR. PKR tidak akan ujud tanpa perjuangan reformasi, tu yang anwar lupa. Tu buat apa ko orang agung-agung kan si anwar tu. Sebab itu anwar rasa besar kepala. dia rasa dia punya segala nya termasuk bloggers dan para reformis. Ko lihat pemilihan PKR yang baru lalu. siapa tangan ghaib itu kalau bukan si anwar. Musim mengerjakan haji.....saifool gi buat haji kat mekah anwar pun sibuk buat haji kat australia. Yang lain nya ko fikir le sendiri.....




Aktivis Reformasi menyokong tindakan Sdr Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai “Che' GuBard” yang telah membuat pendirian tegas untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan parti dengan menuntut penjelasan bertulis daripada parti berhubung pelbagai dakwaan manipulasi, penipuan dan salahlaku JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat di bawah pimpinan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution.

Aktivis Reformasi mendesak keras agar pimpinan parti khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah, memberi perhatian serius terhadap tuntutan yang dibuat oleh che'GuBard. Aktivis Reformasi sangat kesal jika pucuk pimpinan meremeh-remehkan tuntutan che'GuBard ini.

Aktivis Reformasi kini juga sedar bagaimana pucuk pimpinan parti merendahkan tuntutan dari orang bawahan. Pucuk pimpinan harus ingat bahawa orang bawahan inilah yang menyokong parti dengan mengharungi gas pemedih mata, bermandi asid dan dibelasah belantan FRU, terkini dalam demonstrasi isu air Selangor minggu lepas.

Ketika golongan elit bersenang-lenang di keliling Ketua Umum, che'GuBard memimpin massa meskipun tidak memegang sebarang jawatan tinggi parti dan ditentang polis FRU. Tiada gunanya menjadi pemimpin berjawatan tinggi jikalau tidak berani untuk tampil sebagai pejuang kental ketika semboyan menuntut kita turun di jalanan melawan kezaliman.

Aktivis Reformasi amat bersetuju bahawa politik naungan adalah satu malapetaka kepada perjuangan parti. Politik naungan kini sedang melanda PKR apabila kumpulan-kumpulan yang menjadi elitis di sisi Ketua Umum, dengan biaya kewangan mereka yang sungguh mewah, sedang membentuk barisan kepimpinan parti yang baru.

Aktivis Reformasi juga ingin menyatakan kegusaran tentang budaya politik ampu-mengampu yang selama ini menjadi darah daging UMNO, kini sedang menular, berkembang dan subur dalam PKR. Budaya seumpama ini akan membuatkan parti terpesong dari landasan perjuangan sebenar sebagai sebuah gerakan reformasi rakyat.

Parti hendaklah berwaspada dengan kelompok yang berselindung atas nama reformasi tetapi seumpama lintah darat dengan satu tujuan, iaitu mengambil kesempatan mencari projek dan peluang perniagaan. Kumpulan-kumpulan lintah darat ini sedang berada di sekeliling Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan memegang jawatan besar dalam parti. Kumpulan lintah darat ini sedang mengampu pimpinan parti dan mendapat sokongan para-para YB yang lupa diri. Kumpulan lintah darat ini juga mempunyai beberapa YB dalam lingkungannya dan mereka telah dikenalpasti mengampu pimpinan tertentu dan Ketua Umum bagi memastikan dapat bertanding pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pemilihan secara ‘1 ahli 1 undi’ adalah langkah berani parti untuk menyuburkan demokrasi tetapi hanya jika pemilihan dijalankan dengan telus, adil dan bersih. Justeru itu, jika pemilihan ‘1 ahli 1 undi’ dipenuhi dengan penipuan, manipulasi undi dan amalan politik wang yang berleluasa di sana-sini, maka pemilihan parti tidak membawa apa-apa makna, malah parti akan dilihat berkompromi dengan penipuan dan membenarkan ketidakadilan berlaku dalam parti yang mahu berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Aktivis Reformasi mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa gerakan reformasi sedang meneruskan perjuangan tegasnya menuntut keadilan dan ketelusan dari SPR melalui siri Demo Bersih, tetapi dalam masa yang sama PKR sedang membenarkan barisan Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik parti dibentuk hasil daripada proses pemilihan yang penuh penipuan dan politik wang.

Aktivis Reformasi berjanji akan terus memelihara prinsip-prinsip keluhuran Gerakan Reformasi sebagai sebuah Gerakan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Permatang Pauh, satu gerakan yang diangkat oleh rakyat sebagai agen perubahan pada tanggal 12 September, 1998.

Akhir sekali, Aktivis Reformasi ingin menekankan bahawa perjuangan reformasi adalah perjuangan rakyat dan bukan perjuangan untuk individu tertentu, samada Anwar Ibrahim atau anak-anak emasnya.

Salam reformasi.

Senarai Penuh Majlis Pimpinan Pusat ,AMK Dan Wanita PKR Sesi 2010-2013

on Nov 28, 2010





































Presiden
  • Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan
  • Mohamed Azmin Ali
Naib Presiden
  1. Nurul Izzah Anwar
  2. Tian Chua
  3. Fuziah Salleh
  4. Mansor Othman
Ahli Majlis Pimpinan Pusat: 
  1. Elizabeth Wong
  2. Badrul Amin
  3. Hee Loy Sian
  4. Khalid Jaafar
  5. Johari Abdul
  6. Abdul Rahman Yusof
  7. Haniza Talha
  8. Fariz Musa
  9. Zakaria Abdul Hamid
  10. Roland Chia Ming Shen
  11. Siti Aishah Shaik Ismail
  12. Ismail Yusop
  13. Latheefa Koya
  14. Kesavan Subramaniam
  15. Shuhaimi Shafie
  16. M R Summugam
  17. Yusmadi Yusoff
  18. S Manikumar
  19. Mustafa Kamal Yusoff
  20. Christina Liew
Ketua AMK
  • Shamsul Iskandar Mohd Akin
Timbalan Ketua AMK
  • Khairul Anuar Ahmad Zainudin aka Jonah
Naib Ketua AMK
  1. Azmizam Zaman Huri
  2. Erveana Ansari Ali
  3. Chan Ming Kai
Barisan Exco AMK
  1. Abdul Rahman Abdul Hackeem,
  2. Natassia Sarah
  3. Zulhaidah Suboh
  4. Zafril Mohd Eusoff
  5. Mohammad Azihan Che Seman
  6. Azman Yusof
  7. Ginie Lim
  8. Sangetha Jayakumar
  9. Muhammad Najmi Samsudin
  10. Jafery Namion
  11. Azwan Ramli
  12. Rajan Rajan Naidu
  13. Farhan Ibrahim
  14. Md Zaman Md Tasi
  15. Sachithananthan Krishnan
  16. Ong Chin Wen
  17. Mohamad Nazri Ismail
  18. Ramlan Roes
  19. Hamsah Djabir
  20. Ng Shy Ching

Ketua Wanita
  • Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita
  • Rodziah Ismail
Naib Ketua Wanita
  1. Gan Pei Nie
  2. Haniza Talha
  3. Noor Sham Abu Samah

BarisanExco Wanita
  1. Dr Daroyah Alwi
  2. Chua Yee Ling
  3. Nurin Aina
  4. Juwairiya Zulkifli
  5. Ain Eusoff
  6. Yogayswari Ramalu
  7. Salmah Ismail
  8. Fathmawathy Salim
  9. Armah Alias
  10. Poziyah Hamzah
  11. Tan Poh Lai
  12. Ramlah Bee
  13. Halimah Mamat
  14. Norhesni Ismail
  15. Nurhanim Datuk Mokhsin
  16. Juliana Jusit
  17. Vasanthi Ramalingam
  18. Sanmah Lisut
  19. Felicia Lin
  20. Nanie Jamil.

PKR polls an arena to strengthen Anwar's position: former member

on Nov 25, 2010

The Parti Keadilan Rakyat (PKR) central leadership polls which concluded last Sunday are just an arena to strengthen the power of party advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and his cronies, said Anuar Shaari, former private secretary to the opposition leader.

He said the easy access for PKR vice-president Mohamed Azmin Ali to win the deputy president's post had been anticipated since the polls started on Oct 29.
"The overall direction of PKR has been planned by Anwar, who wants all members to obey to his wishes to see Azmin and his (Anwar's) daughter Nurul Izzah win the contest.
"From my point of view, this is what Anwar wants and he has been driving the PKR with a personal interest to prolong his political life, using the party for his sodomy case by organising demonstrations and putting pressure on the government, while having no clear direction as to where the party should go," he told Bernama today.
Anuar was commenting on the PKR top leadership polls which saw Mohamed Azmin, who is Gombak Member of Parliament, win the contest for deputy president, a post vacated by Dr Syed Husin Ali.
The mother of Nurul Izzah, who won a post of vice-president with the highest number of votes, is Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who won the president's post uncontested.
Anuar said it was not surprising that many PKR leaders quit the party after finding out that they were not fighting for the same goal with the top leadership anymore.
"We can see that those who quit the party are mostly those who could not accept the party's ideology. Only after joining the party will they realise that the party's struggle is more of a personality struggle and at the end of the day, their fight for the party would mean nothing," he said.
Commenting on Azmin's recent statement that something should be done to wipe out traitors in PKR, Anuar described it as a warning for the future challengers.
"For Azmin, traitors are those who do not obey them (Azmin and Anwar), and not the party. If the members do not support the two of them, then these members become traitors for Azmin," he said.
Anuar also described the decision by former Federal Territory PKR chairman Datuk Zaid Ibrahim to quit the party as apt.
He said he saw Zaid as an honest politician who believed in his struggle.
Meanwhile, former PKR Youth chief Senator Ezam Mohd Nor, said he left PKR in 2006 after anticipating that there would be Anwar's intervention to ensure victory of his chosen candidates.
He said PKR was no longer a party which fought for the rights of the people as was the initial objective for its establishment.
It has now become the party to fulfil personal agendas and a place to solve personal problems of a leader, Ezam said.
"The much talked about 'struggle of the people' is merely a mask. Once, I was just anticipating (that PKR is a personal party), but now, it is crystal clear, and it does not provide any opportunities for the people.
"All those things said by Datuk Zaid and others who have quit the party, about the existence of the elements of manipulation and intervention to determine the party leadership Anwar believed in, are true," he said.
Ezam said he also believed that Zaid, a former candidate for the vice-president's post and former minister in the Prime Minister's Department, was not someone who was greedy for power to the extent of quitting the party just because he did not get enough support during the party polls.
"For me, Zaid is not that kind of a person. He joins a party not because of the post or power. If we look at his history, he was once a minister, and he was not fired, but he resigned.
"Not everybody can do what he did, especially Anwar. Anwar never left a position vacant. He will stay put until he is fired (like when he was deputy prime minister)," he added.
Bernama

LAPORAN TELAH DIMAJUKAN MELALUI SALURAN, PARTI MESTI BERTINDAK

on




TAHNIAH buat Blogger Sharpshooter, kerana membantu kita mengenalpasti secara fakta apa yang didakwa kepincangan pemilihan PKR yang baru berakhir ini. Laporan secara fakta begini amat memudahkan kita memikirkan samada perlu atau tidak siasatan dan tindakan susulan dibuat oleh kepimpinan PKR dan mereka yang bertanggungjawab. Anda dikehendaki membaca laporan tersebut jika ingin mengetahui apa yang dilaporkan.

Pimpinan PKR tiada pilihan lain, kecuali meneliti laporan berkenaan, menyiasat, mengambil tindakan dan memaklumkan kepada semua ahli parti apa yang sebenarnya berlaku. Saya simpati dengan calon Ketua AMK yang berkemungkinan besar tewas (difahamkan telah pun tewas) iaitu Chegu Bard kerana beliau terpaksa melalui semua ini bukan di dalam parti Umno, tetapi di dalam parti yang beliau sendiri istiqamah berjuang selama ini. Bukan masalah kalah atau menang, tetapi masalahnya mengapa tiada ketelusan.

Kita tahu, kita tiada upaya untuk memaksa pimpinan parti mengambil tindakan ke atas laporan yang dikemukakan. Selaku penyokong parti, sudah tentu kita mahu melihat parti ini bersih walaupun tidak sebersih `Malaikat' yang memimpinnya. Namun, sekurang-kurangnya tidak seperti Umno ataupun SPR yang sentiasa dilihat tidak bersih.

Saya percaya, Presiden Parti, Ketua Umum dan Setiausaha Agung tidak buta lagi. Mereka mahu segala aduan dan laporan dikemukakan mengikut saluran dan tidak melalui media haprak milik Umno. Nah, aduan telah dikemukakan mengikut saluran beserta fakta yang boleh disemak. Justeru itu, parti mestilah bertindak segera sebelum pihak lain memainkan isu ini untuk merosakkan imej parti.

Kongres PKR semakin hampir. Segala aduan yang dikemukakan seperti `dibeku'kan. Kita akui memang sulit untuk mengadakan pemilihan semula, tetapi perlu diingat kita lebih sulit untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang lain terhadap parti. Apalah salahnya parti bekerja kuat sedikit demi untuk memulihkan imej parti menjelang PRU Ke 13 yang bakal tiba ini

Pemilihan PKR :- Lagi Bukti Penyelewengan Di Bongkarkan............???

on

Lagi Bukti Penyelewengan Di Bongkarkan ! Kali Ini Melibatkan Pemilihan PKR Di Parit Sulong






Nampaknya semakin hari semakin banyak pendedahan tentang bukti penyelewengan pemilihan PKR 2010dibuat sekarang ini. Terbaru pendedahan dibuat oleh calon Pengerusi Tetap AMK iaitu Azimuddin Ahmad (foto) menerusi laman blognya Sharpshooter. 
Menurutnya, terdapat kepincangan yang telah dikenalpasti dalam pemilihan yang dijalankan di cabang Parit Sulong baru-baru ini. Terdapat unsur penyelewengan pengurusan dan pemilihan berlaku di cabang itu yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010. Terdapat lima kepincangan yang berlaku dalam pemilihan di cabang itu katanya. 
Antara yang dikenalpasti ialah pemilihan dilakukan di luar kawasan, tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu), penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di lokasi dan penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang. 
Satu laporan polis yang telah dibuat oleh Saudara Zailan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Parit Sulong.

Bukti pengundi hantu yang jelas boleh dilihat pada buku pendaftaran
[ Sila klik untuk membesarkan imej gambar yang dipaparkan ini ]
[Jika sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendabik dada kononnya cerita tentang penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini adalah rekaan Datuk Zaid Ibrahim semata-mata. Kini nampaknya, satu persatu bukti kukuh telah berjaya didedahkan. 
Kami juga terkejut dengan apa yang dibongkarkan ini sebenarnya terutamanya berkenaan dengan "pengundi hantu" di Cabang Parit Sulong ini. Kenapa, pengundi yang tidak mempunyai nama dalam senarai "ahli" boleh mengundi?. Sedangkan, semasa mengundi petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) begitu profesional menyemak nama-nama ahli. 
Jika tiada nama, sepatutnya ahli terbabit tidak layak untuk mengundi. Soalnya, kenapa ini berlaku di Parit Sulong. Itu yang didedahkan, bagaimana pula di cabang-cabang lain?. Sebab itu kami tegaskan, bahawa memang benar adanya penyelewengan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dan wajarlah ia ditangguhkan. 
Namun, dek kerana ada pihak yang mahu membuktikan kebenaran maka inilah jadinya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak terbabit. Buktikan kebenaran biar pun pahit. Apakah mereka ini boleh dituduh sebagai pengkhianat atau pembelot?].

NILAI AZMIN ALI BERAPA.......???

on Nov 23, 2010

FAKTA PKR.

- PKR menegaskan keahlian mereka mencecah 400 ribu ahli.

-Azmin Ali mendapat 19 ribu undi dari ahli PKR.

-Daripada 400 ribu  ahli, yang pilih azmin hanya 19 ribu aje.

-19 ribu undi jika ditukarkan kepada peratus, berapa agak nya..... aku segan nak kira.

NILAI AZMIN ALI SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PKR  DISISI AHLINYA KO ORANG KIRA LE SENDIRI......

kah kah kah kah kah kah.......

kalkulator aku pun gelak sama bila aku kira nilai sebenar azmin ali..

Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR

on Nov 22, 2010

azlan
Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Begitu juga dalam persaingan kerusi nombor tiga apabila dimenangi oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diekori oleh ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Malangnya, hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden.

Berikut jumlah bagi tujuh calon teratas:

  • Nurul Izzah - 13,170
  • Tian Chua - 11,460
  • Fuziah - 8,891
  • Mansor - 8,477
  • Xavier - 6,984
  • Gobalakrishnan - 6,721
  • Yahya Sahri - 6,436

Sebanyak 17 calon bertanding merebut jawatan itu.

azlan
Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.

Keputusan ini bermakna, kecuali Tian Chua, semua naib presiden yang terpilih merupakan muka baru. 

Buat pertama kali juga, terdapat penyertaan wanita mengisi kerusi nombor tiga itu, bahkan bukan satu, tetapi dua wakil.

Bagaimanapun, tiada kaum India terpilih mengisi jawatan itu walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.

Satu-satunya penyandang yang mempertahankan jawatan itu R Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang tewas kali ini.

Bagaimanapun, masih terdapat dua kuota lantikan untuk kerusi itu.

Bagi pemilihan sayap Pemuda dan Wanita, difahahamkan dua penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan Zuraida Kamaruddin berjaya mempertahankan masing-masing.

SIAPA SEBENAR NYA PENGKHIANAT..............???

on

Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula

NONE

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. 

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar

on



Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

NONEDalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.
NONE
Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam. 

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

PKR : JPP Nak Buat Undi Pos... Biar Betul ........???

on Nov 20, 2010



Pertama.... aku minta maaf banyak kalau2 aku tersilap baca ( Baca Link Bawah ) sebab aku memang dah bosan dengan kerenah PKR nih... tapi kalau perkara2 bangang yang berlaku aku memang suka.... hahaha... 


Kedua..... ntah la... samada betul atau tidak hanya geng PKR jer yang tau pasal Undi Pos ni.. mungkin ada sesiapa dari geng PKR yang boleh mengesahkannya.....??? Takut perkara ini bahan fitnah pulak... tapi masakan pokok boleh bergoyang kalau tak ada angin bertiup.



Ketiga..... kalau betul cerita ni... maka dengan penuh hormat dan rendah diri izinkan lah aku mengutuk ko orang dengan kebangangan dan kebodohan sikap JPP-PKR dan spesis spesis  PKR yang dah jadi semakin sewel semata mata untuk menjaga sekerat dua pemimpin dalam PKR. Yang kita orang ni ahli ahli dan penyokong setia PKR ko orang pandang sebelah mata aje. Ko orang sembah kami hanya pada piliharaya aje. Ko orang ingat kita orang ni lembu ke......???. Lebih BODOH kalau teruskan ide undi pos nih... 




Mana tak lawaknya beb pagi-pagi buta nih... jikalau sebelum ini berdegar-degar menentang amalan Undi Pos oleh SPR... siap dengan demontrasi jalanan (BERSIH) menentang amalan bodoh ini...




Tiba2 JPP - PKR nak adakan undi pos... ha..ha..ha... apa ko orang semua dah meroyan sewel agak nya.........



Kepada JPP - PKR... weiiii... kalau SPR dah meroyan sewel  ko orang janganlah terikut meroyang sewel, sudah2 la.. buat perkara2 bangang semenjak pemilihan parti bermula, kau orang punya bangang sedikit sebanyak boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap perjuangan PKR tau tak... khususnya Pakatan Rakyat.



Aku ni penyokong tegar  Pakatan Rakyat... kadang2 pedih jugak telinga  bila member2 UMNOBN aku yang totok gileeerrrr.... mengutuk PKR... khususnya Pakatan Rakyat, nak tak nak aku pun tumpang semangkuk mengutuk jugak lah... sebab perangai pemimpin2 PKR memang terkutuk pun...  




Ishhh... kalaulah rakaman audio RM25 ribu kat Permatang Pauh tu ada pada aku..., dah tentu le aku upload kan dalam blog nih..., biar semua orang dengar suara siapakah yang mengamok marah2 tu... jangan sampai mamat tu kata... "itu suara macam suara saya, tapi itu bukan saya"... kah..kah..kah.... cissss... perangai buruk UMNOBN jugak yang kau orang nak ikut....



Aduhaiiiiii... politik... politik..., kerana gila kuasa dan jawatan, dalam bahasa lembut "bikin manusia jadi kurang waras...." ertikata lainnya... dalam bahasa kasar... "bikin manusia jadi GILABABI..." sama macam idea gila seperti dakwaan tersebut.




Baca Seterus Nya Kat Sini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List