Tok Gajah Menegur

on Dec 1, 2011



Semenjak dari semalam tok belum buat apa2 komen tentang PAU yang sedang rancak berlang di PWTC. Setelah tiba giliran ucapan ketua wanita UMNO tergerak pula tok nak beri pandangan peribadi tok sendiri. Pada pendapat tok yang kurang arif tentang politik ni tok rasa adalah lebih baik bagi ketua wanita ini bersabar dan berucap dengan nada 'low profile' saja.

Perkara mengaitkan isu Anwar Ibrahim dengan NFC adalah perkara yang kurang bijak. Isu Anwar isu peribadi, malang nya isu NFC ada kaitan nya dengan negara. Ucapan ketua wanita ini memang bersemangat dan ber api2 tapi jangan lupa silap gaya api itu akan membakar diri sendiri.  

Juak2 UMNO mungkin pandang ringan tentang NFC. Tetapi diluar sana semua lapisan gulungan masyarakat sedang memerhatikan nya dengan serious. RM 260 juta bukan sedikit wang pada pandangan rakyat biasa. Ia adalah satu jumlah yang terlalu besar. Ada yang berpendapat 7 keturunan pun keluarga Shahrizat tak boleh habis makan.

Walaupun Dato Shahrizat bermati matian menyatakan bahawa dia tiada kaitan langsung dengan NFC. Malang nya oleh kerana beliau berjawatan menteri dalam kabinet dan pinjaman mudah itu di anugrahkan kepada suami nya maka di sini lah ujud nya masalah besar itu.

Dato Shahrizat tak perlu marah2 dan ugut sesiapa, ianya tidak mungkin boleh di redakan dengan cara itu sahaja. PAU di PWTC bukan pentas bagi Dato untuk mempertahankan diri. Kerana kes ini tidak langsung melibat kan UMNO. Kes ini adalah se mata2 melibatkan keluarga Dato sahaja. Jangan lah hendaknya ia melibat kan UMNO.

Tok pohon jutaan ampun maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa, apa yang tok suarakan adalah untuk kebaikan UMNO sahaja.





Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List