Oiiiiii Nabila, Jangan Mengamuk Dalam Twitter

on Dec 1, 2011




Selepas mengejutkan ramai peminat dengan berita perceraiannya, Nabila Huda terus mencipta kontroversi apabila gambarnya berciuman dengan jurulatih selam tersebar di internet. Terbaru, anak kepada Amy Search ini mengamuk di laman twitter miliknya. Walaupun Nabila tidak menulis nama individu yang dimarahi, tetapi ayat-ayat yang tulis jelas merujuk kepada bekas suaminya itu. Nabila dilihat tidak puas hati apabila bekas suaminya mempertikaikan soal penjagaan anak.


Mengulas tentang perbuatan Nabila itu, Amy Search yang ditemui di sidang media ‘Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo kelmarin memberitahu dia telah menasihatkan Nabila supaya tidak menggunakan laman twitter untuk melepaskan perasaan.

“Walau apa pun yang berlaku di antara mereka berdua, saya sebenarnya tidak mahu campur tangan. Tetapi sebagai seorang ayah, saya telah menasihatkan Nabila supaya tidak menggunakan twitter untuk melepaskan kemarahan. Lebih baik berbincang secara baik dengan berjumpa. Perbuatan Nabila itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi ia turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Kalau ditanya tentang perasaan saya, perasaannya pasti sama dengan ayah-ayah yang lain. Saya berharap Nabila dan bekas suami boleh cari jalan terbaik,” ujar Amy.

Dalam masa yang sama, Amy juga menafikan imejnya telah tercalar dengan perbuatan Nabila itu. Jelas Amy, apa yang dilakukan oleh Nabila itu adalah urusannya sendiri dan peminat sudah boleh menilai.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List