Bonus Tidak Mampu Diberi Tapi Elaun JKKK Dinaikkan.......???

on Oct 20, 2010


DAH BOLEH BACA DAH.......???



lge4Keputusan kerajaan tidak memberikan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam menimbulkan rasa kurang senang apabila kerajaan pada masa yang sama menaikkan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membina bangunan mega Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion yang ternyata tidak memberikan keuntungan kepada rakyat.

"keputusan kerajaan Umno-BN untuk membina bangunan Warisan Merdeka serta menaikkan elaun JKKK menimbulkan kurang senang di kalangan kakitangan awam yang tidak mendapat bonus tahun ini.

"Apa yang saya tidak faham, mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam.

“Pada masa yang sama, kerajaan Umno-BN juga berura-ura mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. 

"Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2011 berkata kerajaan  memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Pada masa yang sama kerajaan juga meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB)  merangkumi Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang sediada serta pembinaan sebuah menara 100 tingkat.

Ahli Parlimen bagan itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kerana ini akan hanya membebankan golongan miskin yang tidak mampu menampung kenaikan kos perkhidmatan.

“Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menambahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.



Senyum Lebar Senyum Senget Jangan Tak Senyum....???

Antara kakitangan awam kerajaan dan JKKK, mana lebih penting bagi kerajaan UMNO/BN menjelang PRU 13?

Aha... sudah pastilah JKKK. Ini kerana... mereka inilah yang akan dijadikan barua untuk meraih undi bagi pihak kerajaan UMNO/BN, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. JKKK adalah lantikan politik. Mereka merupakan orang penting di kampung-kampung. Mereka menjadi menghubung antara rakyat di kampung-kampung dengan pihak kerajaan.

Kalau kerajaan nak tackle undi rakyat di kampung, mereka mesti tackle JKKK dulu. Macam kata orang... nak ngorat anak orang, kena ngorat mak bapak dia dulu. JKKK juga merupakan jentera pilihan raya kerajaan UMNO/BN yang boleh dikatakan berkesan dalam membantu kejayaan kerajaan dalam setiap pilihan raya.

Jadi, cara kerajaan nak ambil hati JKKK ini agar dapat memotivasikan mereka untuk membuat kerja dengan baik, adalah dengan menaikkan elaun mereka. Lepas dapat tambahan elaun ni nanti.... tengok bertapa ligatnya mereka melobi rakyat kampung agar sokong dan undi kerajaan dalam pilihan raya nanti. Rupa lipas kudung.... mereka perhambakan diri, demi kerajaan yang melantik mereka.

Kakitangan awam kerajaan apa lah sangat. Mereka hanya barua yang mendapat upah bulanan untuk melaksanakan pentadbiran kerajaan. Malah, kerajaan juga sedar yang ramai dalam kalangan kakitangan awam mereka, yang meluat akan kerajaan UMNO/BN. Mereka ini boleh dikatakan golongan yang ada pelajaran dan boleh berfikir. Jadi, mereka tahu dan sedar akan kepincangan kerajaan. Oleh itu, golongan ini tidak dapat menjamin sokongan yang padu kepada kerajaan.

Namun... untuk terus memujuk dan merasuah kakitangan awamnya, kerajaan bagilah juga apa yang patut kepada mereka. Kalau tak bagi.... nanti merajuk pulak dan langsung tak dapat undi mereka. Lagi susah...

So.... di sini jelas, priority kerajaan menjelang pilihan raya ialah mengambil hati JKKK. Dah tau kenapa, kan??

Sebab tu, JKKK boleh tersenyum lebar sampai ke telinga, manakala kakitangan awam kerajaan hanya mampu tersenym senget jer..

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List