Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Bonus Tidak Mampu Diberi Tapi Elaun JKKK Dinaikkan.......???

on Oct 20, 2010


DAH BOLEH BACA DAH.......???



lge4Keputusan kerajaan tidak memberikan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam menimbulkan rasa kurang senang apabila kerajaan pada masa yang sama menaikkan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membina bangunan mega Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion yang ternyata tidak memberikan keuntungan kepada rakyat.

"keputusan kerajaan Umno-BN untuk membina bangunan Warisan Merdeka serta menaikkan elaun JKKK menimbulkan kurang senang di kalangan kakitangan awam yang tidak mendapat bonus tahun ini.

"Apa yang saya tidak faham, mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam.

“Pada masa yang sama, kerajaan Umno-BN juga berura-ura mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. 

"Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2011 berkata kerajaan  memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

Pada masa yang sama kerajaan juga meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB)  merangkumi Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang sediada serta pembinaan sebuah menara 100 tingkat.

Ahli Parlimen bagan itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kerana ini akan hanya membebankan golongan miskin yang tidak mampu menampung kenaikan kos perkhidmatan.

“Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menambahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.



Senyum Lebar Senyum Senget Jangan Tak Senyum....???

Antara kakitangan awam kerajaan dan JKKK, mana lebih penting bagi kerajaan UMNO/BN menjelang PRU 13?

Aha... sudah pastilah JKKK. Ini kerana... mereka inilah yang akan dijadikan barua untuk meraih undi bagi pihak kerajaan UMNO/BN, terutama di kawasan-kawasan luar bandar. JKKK adalah lantikan politik. Mereka merupakan orang penting di kampung-kampung. Mereka menjadi menghubung antara rakyat di kampung-kampung dengan pihak kerajaan.

Kalau kerajaan nak tackle undi rakyat di kampung, mereka mesti tackle JKKK dulu. Macam kata orang... nak ngorat anak orang, kena ngorat mak bapak dia dulu. JKKK juga merupakan jentera pilihan raya kerajaan UMNO/BN yang boleh dikatakan berkesan dalam membantu kejayaan kerajaan dalam setiap pilihan raya.

Jadi, cara kerajaan nak ambil hati JKKK ini agar dapat memotivasikan mereka untuk membuat kerja dengan baik, adalah dengan menaikkan elaun mereka. Lepas dapat tambahan elaun ni nanti.... tengok bertapa ligatnya mereka melobi rakyat kampung agar sokong dan undi kerajaan dalam pilihan raya nanti. Rupa lipas kudung.... mereka perhambakan diri, demi kerajaan yang melantik mereka.

Kakitangan awam kerajaan apa lah sangat. Mereka hanya barua yang mendapat upah bulanan untuk melaksanakan pentadbiran kerajaan. Malah, kerajaan juga sedar yang ramai dalam kalangan kakitangan awam mereka, yang meluat akan kerajaan UMNO/BN. Mereka ini boleh dikatakan golongan yang ada pelajaran dan boleh berfikir. Jadi, mereka tahu dan sedar akan kepincangan kerajaan. Oleh itu, golongan ini tidak dapat menjamin sokongan yang padu kepada kerajaan.

Namun... untuk terus memujuk dan merasuah kakitangan awamnya, kerajaan bagilah juga apa yang patut kepada mereka. Kalau tak bagi.... nanti merajuk pulak dan langsung tak dapat undi mereka. Lagi susah...

So.... di sini jelas, priority kerajaan menjelang pilihan raya ialah mengambil hati JKKK. Dah tau kenapa, kan??

Sebab tu, JKKK boleh tersenyum lebar sampai ke telinga, manakala kakitangan awam kerajaan hanya mampu tersenym senget jer..

Hadi kritik PERMATA Rosmah

on Oct 18, 2010

hadi awang interview 040208 objective
Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, PERMATA dimumkan bakal mendapat peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program PERMATA yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi berkata agenda ekonomi dan transformasi yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2011 hanyalah satu penjenamaan semula yang "ditaburkan dengan angka yang indah-indah dengan mengkesampingkan aspek pembinaan manusia".

"Apa yang penting bukannya angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan per kapita meningkat sebanyak 6.1 peratus kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5 peratus; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian, bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini!" kata Abdul Hadi.

azlanBeliau juga membidas perdana menteri dengan gelaran yang digunakan dalam pembentangannya Jumaat lalu - "saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" kerana didakwa mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. 

Mengulas cadangan projek seratus tingkat menara Warisan Merdeka, beserta kemudahan yang menelan belanja asas RM5 billion, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa peruntukan bagi tujuan itu hanya "secebis" jika dibandingkan dengan projek koridor yang didakwanya lebih bermanfaat kepada rakyat.

"Contohnya peruntukan untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. 

"Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN."

Kita bukanlah ‘Saudagar Mimpi’

on

SATU yang menarik perhatian saya dalam Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu ialah nasihat beliau supaya kita jangan jadi ‘saudagar mimpi’.
Beliau tidak mahu rakyat berkhayal, sebaliknya keluar daripada belenggu pemikiran dan cara bekerja yang biasa. Kita kena kerja kuat. Perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi satu yang perlu dilakukan, jika tidak kita akan jauh ketinggalan


Biarlah pakar-pakar ekonomi dan kewangan mengulas secara terperinci bajet berbilion ringgit. Sebagai orang biasa saya cuma hendak lihat dilema saudagar mimpi ini dinyahkan dari pemikiran dan sikap orang kita. Selama ini ramai orang menjadi saudagar mimpi. Mereka mahu kerja mudah tetapi untung cepat dan besar.
Mereka tidak mahu kerja keras. Lobi, mengampu dan membodek untuk dapat projek dan kontrak juta-juta. Bila sudah dapat projek, mereka serahkan pada orang lain untuk buat kerja. Mereka hanya ambil imbuhan setiap bulan untuk hidup senang. Tidak mahu bayar hutang bank juta-juta. Joli sakan 24 jam dengan duit terpijak. Sebab itu saudagar mimpi akhirnya menjadi ‘saudagar mampus’.

* SETAKAT ini sebahagian dari kemarahan umum mungkin sudah mereda. Sekurang-kurangnya dua orang yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam terhadap Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya telah menerima hukuman. Mahkamah Majistret Telok Datok telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas U Suresh dan K Sarawanan setelah keduanya mengaku bersalah atas tuduhan menghapuskan bukti pembunuhan kejam di Banting itu.

Jutawan kosmetik itu bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad dan peguam Ahmad Kamil Abd Karim telah dibunuh dengan kejam di Ladang Gadong, beberapa hari sebelum raya lalu. Berdasarkan apa yang disiarkan media, pelbagai versi telah disebut mengenai bagaimana keempat mangsa itu dibunuh.
Walaupun dua telah dijatuhkan hukuman penjara, perjalanan mahkamah untuk pembunuhan ini masih panjang. Orang ramai menunggu perbicaraan penuh untuk mengetahui bagaimana mangsa menghadapi saat-saat terakhir sebelum maut. Siapa yang melakukan pembunuhan tersebut, siapa yang menjadi perancang, semuanya ditunggu-tunggu oleh umum, dan yang lebih penting apakah kesudahannya episod kejam ini? Apakah yang bersalah akan menerima hukuman setimpal?

* SEHARI dua ini kita membaca – dan melihat gambar – kengerian di lebuh raya. Ahad lalu sebuah bas ekspres yang dikatakan dipandu melebihi had laju, telah ‘terbang’ di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Linggi. Bas itu telah merempuh beberapa kenderaan lain, menghempap sebuah Myvi dan meragut 12 nyawa. Jumaat lalu seorang lagi yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia, menjadikan yang maut dalam tragedi waktu senja itu 13 orang.

Tiga hari lalu satu lagi kemalangan ngeri telah berlaku di laluan Kuala Lumpur-Ipoh di Jeram dekat Kampar. Sebuah kereta dengan enam penumpang, juga dipandu laju, telah melanggar pokok. Oleh sebab terlalu kuat menghentam pokok, kenderaan tersebut telah terbakar, dan membunuh kesemua yang ada di dalamnya, termasuk satu pasangan yang baru kahwin. Sesetengah orang kata jalan dan lebuh raya kita berhantu. Tetapi kalau tidak berhantu pun kemungkinan untuk berlaku kemalangan memang sentiasa tinggi apabila kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Selain memecut bagaikan pelesit, mereka melanggar juga peraturan lain termasuk melanggar lampu merah, memotong di selekoh dan memandu di lorong kecemasan. Pemandu seperti inilah yang sebenarnya hantu. Mungkin betul, jalan raya kita ada hantu. Maka, saya cadangkan kita jangan lagi gunakan jalan raya dan lebih saya sebagai alat perhubungan.

* AKHIR kalam, selain jalan raya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa nyamuk Aedes pun menjadi pembunuh yang semakin menjadi-jadi. Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan kes kematian akibat denggi meningkat kepada 62 peratus tahun ini. Jumlah yang maut seluruh negara ialah tahun ini ialah 117 orang berbanding 72 tahun sebelumnya.

Tolong jangan kaitkan ini dengan hantu. Sebab membiaknya Aedes penyebab denggi memang berpunca dari kesalahan kita sendiri yang degil dan tidak peka pada kawasan dalam dan luar rumah yang banyak tempat menakung air.

Bajet 2011 : Juak Pembodek Akan Bersorak Lagi

on Oct 14, 2010

Media sedang 'berpesta'apa yang akan berlaku Jumaat ini. Pembaca juga sedang menanti-nanti apa yang akan dibacakan oleh Menteri Kewangan mengenai Bajet 2011.

Apa yang pasti juak UMNO akan 'kebulur' bercerita dengan wartawan untuk mengulas mengenai Bajet 2011. Juak ini akan menyokong dan menyatakan ini Bajet 2011 untuk rakyat.



Dimanakah kebenarannya ?

Pencatat ingin mengimbau kemabali Bajet 2010 yang dibacakan Oktober tahun lepas. Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan gagal melaksanakan Bajet tersebut.

Keperihatian kepada rakyat adalah omong-omongan sahaja. Peratusan kepada rakyat miskin masih ditahap lama. Angka-angka ratusan juta dan billion hanya menyedapkan telinga sahaja.

Rumah kos rendah masih banyak yang terbangkalai dan rumah yang ingin dibina entah dimana.

Harga barang keperluan am tidak dapat dikawal dan rasuah dikalangan penjawat awan kelihatan tidak menurun malah bertambah.

Maka esok Najib Razak akan mengumumkan mungkin penurunan beberapa harga atau cukai untuk disorak oleh juak UMNO. Disebut juga angka kenaikkan peratusan yang melibatkan 'chart index' ekonomi.

Dalam masa yang sama kini kerajaan terkapai-kapai menentukan tanda aras kecapaian negara. Kini DUN sarawak yang sukar untuk ditentukan tarikh pembubaran menunjukkan kerajaan BN dalam keadaan sangat tertekan.

Agak malang Pilihanraya Kecil DUN Galas, pemimpin utama UMNO-BN sudah cabut lari.

Menjadi sejarah PRK dilantik Ketua Bahagian Gua Musang menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil. Ia jelas Perdana Menteri dan Timbalan sudah kecut perut.

Mengibas Bajet 2011, pencatat membayangkan ahli ekonomi, penganalisis dan marhaen akan mengeleng kepala tanda BN-UMNO akan perbodohkan seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin pembaca tersenyum komentar pencatat ini. Kita dengar Jumaat teks itu dibaca dan bacalah Utusan Malaysia hari Sabtu. Pembodek bermaharajalela dan TV3 bermegah-megah.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List