Khalid: Lampu hijau rakan parti diperlukan untuk "guling" MB....???

on Oct 20, 2010



Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mendakwa dirinya tidak tahu sama ada wujudnya cubaan daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menggulingkan beliau, tetapi hanya meneka bahawa penyokong Azmin mungkin menyimpan niat ini.  Bagaimanapun, Khalid mengingatkan bahawa bukan mudahnya untuk menggulingkan seseorang Menteri Besar, kerana perlu mendapat lampu hijau daripada rakan parti Pakatan Rakyat.
Demikianlah kata-kata Khalid Ibrahim yang baru menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 16 Oktober 2010.  Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabat Menteri Besar pada 18 Oktober 2010, Khalid Ibrahim ditanya sama ada benar Azmin Ali (gambar kanan) cuba menggulingkannya, sebagaimana yang tergambar dalam persepsi umum.
"Dia (Azmin Ali) tak boleh senang (melakukannya).  Ini bukan satu perkara yang senang boleh menggulingkan Menteri Besar.  Itu sebab orang ingat satu parti Keadilan boleh menggulingkan Menteri Besar, ini tidak benar.  Walaupun parti Keadilan saya mewakilinya, untuk pemilihan Menteri Besar dia perlu mendapat sokongan dan cadangan dari ketiga-tiga parti, iaitu Keadilan, PAS, dan juga DAP.  Ketiga-tiga mesti bersetuju yang ini dilakukan.  Kemudian mereka juga akan meminta ehsan dari Tuanku Sultan supaya perkara ini dipersetujui," katanya.
Beliau menyambung, "Sudah tentulah, seseorang itu nak menggulingkan Menteri Besar, dia mesti mendapat persetujuan dari pihak DAP dan juga dari pihak PAS.  Kalau mereka tidak mendapat persetujuan, maknanya sukar untuk dilakukan."
"Kedua, keadaannya di Selangor, parti Keadilan dan DAP agak sama dari segi jumlahnya.  Dan oleh sebab itu, kalau ada kehilangan kerusi oleh parti Keadilan, sudah tentu mungkin DAP ingin mencadangkan ahlinya," sebelum beliau menambah, "Suratkhabar memang senang boleh membuat andaian, tetapi perlaksanaannya bukan senang..."
Beliau ditanya lagi sama ada wujudnya cubaan untuk menggulingkannya, Khalid Ibrahim menjawab, "Itupun saya tak tahu cubaan dia.  Tapi boleh jadi pengikut-pengikut daripada Azmin Ali ataupun orang yang berminat.  Tapi saya rasa, kalau orang pandai dari segipolitical administration dan sebagainya, perkara ini bukan boleh dibuat dengan sesenang mungkin." 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List