HIPOKRASI SPR.....???

on Nov 2, 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan mengenai laporan Pas menawarkan wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas, 4 November ini.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan tersebut.
"Setakat ini kita tidak mendapat sebarang laporan mengenainya, begitu juga pihak polis. Benda macam itu kita kena ada bukti.
"Bagaimanapun, kita serahkan kepada polis dan SPRM untuk menjalankan siasatan sekiranya ada orang yang membuat aduan," katanya kepada pemberita selepas melawat proses pembuangan undi pos melibatkan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di Galas.
Bayaran tersebut, dakwa Abdul Halim bukan rasuah, sebaliknya semata-mata untuk menampung perbelanjaan pengundi luar yang bakal pulang menunaikan tanggungjawab mereka nanti.
Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, perkara tersebut bagaimanapun perlu dibuktikan terlebih dahulu.
"Biar polis dan SPRM buat siasatan," katanya yang turut menyatakan rasa berpuas hati dengan proses kempen menjelang hari pengundian nanti.
Katanya, SPR tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini setakat ini, malah wakil Pas yang memantau proses pembuangan undi pos di IPD menyifatkan proses pengundian amat telus.
Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tawaran wang tunai oleh Pas itu boleh disifatkan sebagai sogokan dan ia menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Jelasnya, seksyen itu melarang sebarang aktiviti menyogok pengundi melalui apa jenis tawaran sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan membeli undi.
"Pas berkemungkinan terpaksa berdepan dengan petisyen pilihan raya jika calon Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian 4 November ini," katanya.




"Dalam beberapa siri Pilihanraya yang telah aku lalui di Permatang Pauh ini baik Pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil yang telah meletakkan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh berada dihadapan dari segi pengalaman, perkara yang dikatakan menjadi kesalahan oleh SPR itu iaitu membayar saguhati kepada pengundi dari luar untuk pulang mengundi sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kedua-dua belah pihak.


Baik dipihak UMNO/BN mahupun dipihak Pakatan Rakyat, contohnya ialah semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Pihak yang bertanding ialah PKR mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO pula mewakili Barisan Nasional.

Sebagai menghargai kesudian para pengundi luar yang sudi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, segala kos untuk mereka pulang mengundi dibiayai oleh parti yang bertanding ketika itu.
PKR yang kita tahu sebagai sebuah parti yang sengkek (kekurangan dana depa kata) hanya mampu membayar tambang pergi dan balik para pengundi luar berdasarkan harga tiket bas bukan kapalterbang yang dibawa oleh para pengundi luar sebagai bukti untuk tuntutan dan ianya terhad sehingga jumlah tertentu sahaja.

Begitu juga dengan pihak UMNO, mereka juga membayar kos tambang para pengundi luar itu dan dengan sedikit lagi tambahan yang nilainya aku sudah lupa..

Ada pengundi yang bijak, mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua pihak yang bertanding.. rezeki depa la tu..

Ketika itu tidak kedengaran pula SPR mengatakan tindakan membiayai kos perjalanan pengundi luar itu satu kesalahan..

Tetapi kini ianya telahdikatakan menjadi kesalahan bilamana PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan pihak UMNO melalui Wanita mereka pada malam semalam di Batu Sapi yang telah secara terang membayar RM20 kepada setiap individu yang mendaftarkan nama mereka kepada pihak pengurusan majlis?

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List