Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu.....???

on Nov 2, 2010

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami proses demokrasi yang sebenar, lapor Suara Keadilan.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini.

Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.
Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List