Apa sudah jadi dengan Parti Keadilan Rakyat(PKR) sebenarnya. Susulan perubahan data keputusan penuh keseluruhan bagi pemilihan jawatan tertinggi parti semalam, ada pihak yang menuduh kesilapan itu adalah perkara biasa. Malah lebih aneh lagi, mereka menuduh bahawa PDO sendiri pun melakukan kesilapan data pencalonan yang berlaku di Pahang sebelum ini. Mereka ini semua tidak mahu menerima keadilan yang sepatutnya diperjuangkan kepada seluruh ahli parti.
Bagi mereka wajarlah Azmin Alimendahului Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKRselepas 68 cabang selesaikan menjalankan proses pengundian. Soalnya disini, bukan masalah wajar atau tidak tetapi masalah data yang bertukar-tukar (tiga kali dalam tempoh satu hari). Menyamakan PDO denganJawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) adalah amat malang sama sekali. Data yang disiarkan oleh PDO sebelum ini adalah berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa orang pemimpin cabang itu sendiri.
Makanya sudah pasti ada berlaku kesilapan. Namun, data yang diperolehi oleh Ibu Pejabat PKR adalah melalui pegawai petugas JPP sendiri. Kemudian dikemaskini oleh petugas JPP dan dipamerkan juga oleh pihak JPP. Kenapa semakan tidak dibuat terlebih dahulu ketika paparan diupload ke laman web Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mengubah keputusan memanglah mudah, tetapi dimanakan letakkan profesional dan ketelusan itu sebenarnya?. Kita memang gembira apabila pilihan kita yang kalah tiba-tiba memang, bagaimana pula dengan pilihan kita yang menang tiba-tiba kalah?. Bukankah keputusan itu amat perit untuk diterima oleh mereka.
0 comments:
Post a Comment