Penoreh maut diserang lebah

on Nov 2, 2010

KEMAMAN - Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ketika dia dalam perjalanan pulang bersama isteri selepas menoreh getah berhampiran rumahnya di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah dekat sini kelmarin.

Mangsa, Din Ali (gambar kecil), 54, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Hospital Kemaman selepas terkena sebanyak 102 sengatan di muka dan badannya.

Namun isteri Din, Khersiyah Engku Hassan, 51, pula hanya dimasukkan ke wad di hospital sama semalaman kerana turut disengat serangga itu.

Sebelum kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama isterinya baru habis menoreh getah di kebun mereka yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

Mengimbas kembali kejadian itu, Khersiyah berkata, ketika mereka berjalan kaki untuk pulang, terdapat seekor lebah hinggap di pipinya menyebabkan dia menampar lebah itu sehingga mati.

"Sejurus itu juga muncul sekumpulan lebah yang tidak tahu dari arah mana terus menyerang dan menyengat kami berdua," katanya yang mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya sempat meminta tolong dan mengarahkan agar mereka berpecah bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan dalam tempoh itu dia sempat melihat suaminya terjatuh beberapa kali ketika cuba melarikan diri.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List