PRK Batu Sapi: Mana satu pilihan rakyat.....???

on Nov 2, 2010



Mana satu pilihan rakyat? pembangunan yang berjuta-juta? retorik Sabah for Sabahan atau Jalan merampas Putrajaya?

Kerajaan BN telah menjanjikan pembangunan yang beterusan, selain jutaan ringgit yang telah diumumkan. Sementara calon SAPP Yong Teck Lee menjanjikan retorik Sabah for Sabahan dan PKR kemenangan adalah petanda merampas Putrajaya dalam gengaman.

Membuang undi bagi PRK Batu Sapi kurang daripada 48 jam dari sekarang. Ada petaruh memberi 100 lawan 1 untuk BN, ertinya BN akan mempertahankan kawasan itu.

Namun dalam tempoh kurang daripada 48 jam ini semuanya boleh berlaku terutama di kalangan pengundi cina. Pengalaman mengatakan, undi cina akan ditentukan pada pagi pembuangan undi. Pada masa ini, sebarang komitmen masyarkat itu belum boleh dikatakan muktamad.

Telah tersebar luas, bahawa yong hanya perlu 20% undi bumiputera, untuk merampas kerusi Batu Sapi, kerana menurut mereka 70% undi cina berpihak kepada Yong Teck Lee.

Calon PKR Ansari Abdullah menumpuhkan masa 48 jam ini di kawasan bumiputera untuk memecah undi, dengan itu peluang Yong akan lebih cerah.

Bagi SAPP dan PKR, adalah lebih baik salah satu daripada mereka menang, kerana jika BN yang menang, secara psikologi akan mempengaruhi keupayaan mereka pada PRU-13.

Para pemimpin Sabah kini terutama pengarah pilihanrayanya Datuk Musa Aman telah maklum perkara ini. Masa 48 jam adalah masa-masa yang sangat kritikal.

Melalui PRK Batu Sapi, akan dilihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap BN-Sabah, yang dikatakan sebagai simpanan tetap BN. Di PRK itu juga akan dilihat sejauh mana sokongan RUMPUN USBO terhadap BN-Sabah di bawah pimpinan Musa Aman.

Persiden USBO Salleh Said Keruak telah berkampung di Batu Sapi sehari sebelum penamaan calon. Selain Salleh, beberapa AMT USBO juga berada di Batu Sapi, selain berkempen ada juga yang bertindak sebagai pemantau.

Penaung USBO Safie Apdal telah beberapa hari berada di Batu Sapi. Naib persiden UMNO ini menumpuhkan masanya di perkampungan rumpun Bajau seperti kampung Lupak Meluas, Kg Disayang dan Kg Gas.

Sejak mula kempen, sebahagian besar pemimpin negeri berada di Batu Sapi, selain kehadiaran para pemimpin kanan parti dan menteri persekutuan.

Daripada segi jentera dan sukarelawan, nampaknya BN terlalu gah dibanding SAPP maupun PKR. Jika jentera yang begitu kuat akan menang, memang dijangka, kerana kerja kuat hasilnya adalah kemenangan, namun jika jentera yang begitu kuat kalah, itu lain maknanya.

Apapun rakyat atau pengundi akan melihat siapa yang ikhlas semasa kempen ini. Kemenangan akan senantisa berpihak kepada pemimpin yang ikhlas, bukannya pada pemimpin yang mahu kuasa untuk memartabatkan dirinya.

Bagi AYT, pemenang pada PRK Batu Sapi, adalah pemimpin yang ikhlas di mata rakyat dan pengundi.

Namun, kemenangan juga boleh dicapai melalui kuasa dan kemudahan. Untuk itu BN ada peluang menang, kerana ada kuasa dan kemudahan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List