Showing posts with label Hal PilihanRaya-Batu Sapi. Show all posts
Showing posts with label Hal PilihanRaya-Batu Sapi. Show all posts

Batu Sapi Milik BN......Kompom......

on Nov 4, 2010




Ini adalah keputusan tidak rasmi, tapi kalau macam ni punya banyak perbezaan undi.. tak payah cakap banyak lah.. kalau diminta ulang pengiraan kertas undi tu 1000 kali sekalipun.. PKR tetap kalah di Batu Sapi..

Jadi bila PKR dan SAPP sudah kalah sudah tentulah calon BN disebelah ni yang menang..

Apa pengajaran yang kita dapat (orang PKR la..)

Orang tamak selalu rugi.. lain kali kalau nak ukur baju biarlah dibadan sendiri..

Tutup buku untuk Batu Sapi.

Batu Sapi "banjir" dengan wang tunai.....???

on




SANDAKAN: Bank-bank di sini dilaporkan mengeluarkan wang tunai di antara RM500,000 hingga RM1 juta sejak dua hari lalu di mana para pengundi di Batu Sapi mula keluar mengundi hari ini.

"Towkay-towkay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dan beberapa bank tidak mampu melayan pengeluaran wang sebanyak itu kerana masalah teknikal. Bank Negara perlu diberitahu tentang perkara ini.

Peristiwa wang tunai mula mengalir di beberapa penempatan kampung air semalam menjadi perbualan ramai. Ada yang menganggarkan jumlah wang tunai yang dikeluarkan dari bank-bank mencecah RM5 juta dalam tempuh 72 jam sahaja.

Menurut pemandu teksi, mereka (pemandu-pemandu teksi) diberi RM250 seorang dan pengundi biasa mendapat RM150 seorang.


Wang tunai itu ialah untuk makanan, pengangkutan dan logistik. Para penganjur yang dikenalpasti bertanggungjawab untuk mendapatkan undi dilaporkan mendapat RM200 seorang dan mereka dijangka membawa pengundi ke pusat mengundi hari ini.

Beberapa orang berkata mereka dijanjikan sebanyak RM100 hingga RM150 seorang atau lebih ketika datang membuang undi.

Ambil "habuan" di pusat operasi MCA

Petang semalam, ramai penduduk berkumpul di pusat operasi MCA di sini selepas cakap-cakap mengatakan parti itu sedang memberi "habuan" dan sekumpulan pengundi keluar ke bandar memberitahu wang tunai sedang ditaburkan oleh kumpulan itu dan ini.

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, ada beberapa orang yang mendakwa menerima RM150 agak kecewa kerana mereka diberitahu akan mendapat sebanyak RM400 seorang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar meminta para pengundi pergi ke pusat-pusat operasi parti pembangkang dan malahan di hotel-hotel untuk mengambil makanan dan wang tunai.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangkakan lebih ramai orang keluar mengundi pada sekitar 75% berbanding 63% pada tahun 2008.

Berita ini bukan berita gembira bagi pihak pembangkang yang menyatakan bahawa lebih ramai mereka keluar mengundi bermakna para pengundi datang dari luar kawasan Batu Sapi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang tiba di sini semalam, menyampaikan amanat supaya para pengundi memilih calon secara bijaksana.

Beliau menamatkan ucapan kempen untuk calon BN Linda Tsen dengan membidas calon pembangkang, Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah dan Ansari Abdullah dari PKR.

Terkini: Info Pilihan Raya Kecil Batu Sapi & Galas

on






SPR Tetap Gunakan Helikopter Angkut Peti Undi
GUA MUSANG [3.43 pm] - Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galasditutup pada 1 tengah hari tadi kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter. Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu. Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dipercayai tiba pada 2 petang tadi.

Galas: SPR Kesal Penyokong Luar Buat Provokasi

GUA MUSANG [3.30 pm] - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh ‘orang luar’ yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya melibatkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan. "Mereka tidak ada perasaan malu kepada penduduk tempatan. Inilah akibatnya... semua nak tunjukkan kekuatan,” katanya

Peratusan Keluar Mengundi Kini Mula Bertambah

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi. Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari tadi.

Pengundian Di Batu Sapi, Galas Bermula Perlahan

SANDAKAN [2.30 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak “perlahan” dalam tempoh satu jam pertama. Sehingga pukul 9 pagi tadi hanya 14.68 peratus atau 3,756 pemilih di Batu Sapi, manakala 9.93 peratus atau 1,147 pemilih di Galas telah keluar mengundi, katanya. Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang. Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi di Batu Sapi, manakala pengundian secara pos diadakan pada Selasa dan semalam. Galas pula mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan seawal 8 malam ini.
PDO

BN rasuah saat akhir di Batu Sapi.....???

on





Usaha terdesak terakhir b-end di Batu Sapi bagai sapi terputus tali. Untuk menang, b-end sanggup menyogok 30 ribu keping zink kepada pengundi Batu Sapi. Semua penduduk di Batu Sapi akan mendapat zink tersebut sekiranya mereka mempunyai slip pengundian sahaja.

Ini tidak rasuah sebab b-end yang buat tetapi jika Pakatan Rakyat buat pasti ini di namakan rasuah politik. Seperti mana yang kita sedia maklum, 500 juta duit kapal selam itu komisyen bukan rasuah tetapi jika beri kepada polis RM50, itu rasuah namanya.

1 Malaysia tetapi tidak sama undang-undangnya, untuk orang atasan lain, untuk rakyat marhaen lain pula undang-undangnya.



Manakala warga emas di Batu Sapi pula dijanjikan akan mendapat RM100 seorang. Maka berduyun-duyunlah warga emas beratur untuk dapat duit raya RM100. Ini juga tidak rasuah sebab b-end yang bagi tetapi jika Pakatan Rakyat beri, ini di namakan rasuah politik.

Kesian warga emas, ada yang pengsan sebab beratur terlalu lama tetapi malang, akhirnya duit pula tidak ada, penyamun tarbus sudah samun di tengah jalan agaknya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Beri Peluang Kepada PR untuk Perubahan

on

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta warga Batu Sapi agar memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil kali ini.

Dalam satu sidang media pagi tadi di sini, beliau berkata kesemua janji kerajaan Umno-BN mengenai peruntukkan pembangunan, pemberian hadiah dan wang yang diberikan kepada penduduk Batu Sapi merupakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya apabila adanya pilihanraya.



"Mesej yang jelas ialah masa depan anak cucu kita. Masa depan generasi akan datang merupakan mesej terpenting yang dapat diberikan kepada para pemerintah elit dalam pilihanraya kali ini, maka berikan kita peluang," kata beliau.
Katanya lagi, pilihanraya ini amat penting dalam sejarah negara dan penduduk Batu Sapi amat bertuah kerana akan menjadi pemangkin perubahan di negara ini.



"Jika dilihat calon kita, Ansari Abdullah, beliau telah memperjuangkan kes Kampung Perpaduan, Borneo Development Corporation (BDC) dan kes pembinaan Dewa Ma Tzu, yang mana menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin untuk semua lapisan masyarakat," tegas beliau.



Beliau seterusnya berkata hanya PKR bersama DAP dan PAS dapat mengubah kerajaan persekutuan dan ini dinantikan ole PR, dan walaupun Batu Sapi tidak berupaya untuk membuat apa-apa buat masa ini tetapi kemenangan pilihanraya kali ini akan menjadi satu titik permulaan dalam membawa perubahan.
"Dengan itu, saya merayu kepada para pengundi Batu Sapi agar mengundi untuk calon PKR, Ansari ," kata beliau, mengahkiri ucapannya.

Terkini Dari Batu Sapi: Ranjau Pertama Dilepasi, Ranjau Kedua Menanti!!

on Nov 3, 2010

KEADILAN Lepasi SAPP, Ekori Rapat BN 


Menjelang hari pengundian esok, sokongan rakyat Batu Sapi terhadap Pakatan Rakyat kian meningkat dan sehingga hari ini telah melepasi Parti Maju Sabah dan kini mengekori rapat Barisan Nasional.


Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata setakat ini beliau telah melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain dan mendapati sambutan rakyat untuk membuat perubahan amat menggalakkan.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN.

Beliau memberitahu daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus KEADILAN mahu menarik diri dari bertanding adalah satu propaganda jahat BN.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkan rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya telah pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi telah ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital DoK.

"Tetapi, apabila sampai di sana, saya diberitahu mesin CT Scan tidak berfungsi dan saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.

Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang telah memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital DoK)," kata beliau.

PRK Batu Sapi: Mana satu pilihan rakyat.....???

on Nov 2, 2010



Mana satu pilihan rakyat? pembangunan yang berjuta-juta? retorik Sabah for Sabahan atau Jalan merampas Putrajaya?

Kerajaan BN telah menjanjikan pembangunan yang beterusan, selain jutaan ringgit yang telah diumumkan. Sementara calon SAPP Yong Teck Lee menjanjikan retorik Sabah for Sabahan dan PKR kemenangan adalah petanda merampas Putrajaya dalam gengaman.

Membuang undi bagi PRK Batu Sapi kurang daripada 48 jam dari sekarang. Ada petaruh memberi 100 lawan 1 untuk BN, ertinya BN akan mempertahankan kawasan itu.

Namun dalam tempoh kurang daripada 48 jam ini semuanya boleh berlaku terutama di kalangan pengundi cina. Pengalaman mengatakan, undi cina akan ditentukan pada pagi pembuangan undi. Pada masa ini, sebarang komitmen masyarkat itu belum boleh dikatakan muktamad.

Telah tersebar luas, bahawa yong hanya perlu 20% undi bumiputera, untuk merampas kerusi Batu Sapi, kerana menurut mereka 70% undi cina berpihak kepada Yong Teck Lee.

Calon PKR Ansari Abdullah menumpuhkan masa 48 jam ini di kawasan bumiputera untuk memecah undi, dengan itu peluang Yong akan lebih cerah.

Bagi SAPP dan PKR, adalah lebih baik salah satu daripada mereka menang, kerana jika BN yang menang, secara psikologi akan mempengaruhi keupayaan mereka pada PRU-13.

Para pemimpin Sabah kini terutama pengarah pilihanrayanya Datuk Musa Aman telah maklum perkara ini. Masa 48 jam adalah masa-masa yang sangat kritikal.

Melalui PRK Batu Sapi, akan dilihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap BN-Sabah, yang dikatakan sebagai simpanan tetap BN. Di PRK itu juga akan dilihat sejauh mana sokongan RUMPUN USBO terhadap BN-Sabah di bawah pimpinan Musa Aman.

Persiden USBO Salleh Said Keruak telah berkampung di Batu Sapi sehari sebelum penamaan calon. Selain Salleh, beberapa AMT USBO juga berada di Batu Sapi, selain berkempen ada juga yang bertindak sebagai pemantau.

Penaung USBO Safie Apdal telah beberapa hari berada di Batu Sapi. Naib persiden UMNO ini menumpuhkan masanya di perkampungan rumpun Bajau seperti kampung Lupak Meluas, Kg Disayang dan Kg Gas.

Sejak mula kempen, sebahagian besar pemimpin negeri berada di Batu Sapi, selain kehadiaran para pemimpin kanan parti dan menteri persekutuan.

Daripada segi jentera dan sukarelawan, nampaknya BN terlalu gah dibanding SAPP maupun PKR. Jika jentera yang begitu kuat akan menang, memang dijangka, kerana kerja kuat hasilnya adalah kemenangan, namun jika jentera yang begitu kuat kalah, itu lain maknanya.

Apapun rakyat atau pengundi akan melihat siapa yang ikhlas semasa kempen ini. Kemenangan akan senantisa berpihak kepada pemimpin yang ikhlas, bukannya pada pemimpin yang mahu kuasa untuk memartabatkan dirinya.

Bagi AYT, pemenang pada PRK Batu Sapi, adalah pemimpin yang ikhlas di mata rakyat dan pengundi.

Namun, kemenangan juga boleh dicapai melalui kuasa dan kemudahan. Untuk itu BN ada peluang menang, kerana ada kuasa dan kemudahan.

Batu Sapi: PKR, BN Bersaing Rapat SAPP Jauh Dibelakang....???

on

SANDAKAN 2 NOV: Sambutan warga tempatan terhadap kempen PKR di Batu Sapi amat menggalakkan dengan PKR dan Barisan Nasional(BN) bersaing rapat dan SAPP dijangka jauh ke belakang.

Calon PKR Pilihan Raya Kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah dalam satu sidang media hari ini, berkata sehingga hari ini beliau  melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," jelas beliau.

Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh yang bersama dalam sidang media pagi tadi menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor menjatuhkan PKR memandangkan PKR semakin hampir mengejar BN.

Memberitahu media, semalam beliau mendapat panggian daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus PKR mahu menarik diri dari bertanding.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkian rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya  pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi  ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital Duchess of Kent.

"Tetapi, apabbila sampai di sana, saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.
Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital Duchess of Kent)," kata beliau. 
-tvsnews-

YTL tertinggal keretapi di Batu Sapi......???

on Oct 31, 2010



Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah sebagai 'Sabah for Sabahan'; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk hidung. 
Salam,

Begitulah ayat kempen SAPP di Batu Sapi. Bunyi cantik bagai nak rak, sayangnya manis mulut bermadah demi merebut kerusi Parlimen P.185, demi kerusi empuk bergelar YB!

Menggunakan umpan kempen 'Sabah For Sabahan' kepada rakyat Sabah, termasuk di Batu Sapi memang mudah dan sedap didengar. Memang menarik ibarat paluan gendang. Soalnya, sampai bila irama begini mahu dikumandangkan? Asal nama pembangkang mesti cerita Sabah For Sabahan.

Setiap kali pilihanraya, PRU atau PRK umpama sentimen kenegerian ini sering saja digunakan untuk memikat undi. Terutama apabila sudah duduk di luar BN/kerajaan. Masa berkuasa, masa jadi KM Sabah apa yang kau buat Mr. Yong? Seronok pegang kuasa sampai lupa...

Kesian jadi orang Sabah. Sering dipersenda dengan 'gula-gula' : tolak parti luar, kuasa autonomi, maruah rakyat Sabah dan banyak lagi. Habis kempen, habislah perjuangan. Menang pilihanraya habis semua lupa. Tanya juga Dr Jeffrey Kitingan masa dia dalam kerajaan dulu, apa dia buat? Duduk di luar BN, balik cerita ni...

Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat Sabah dengan perjuangan bermusim ini, perjuangan kerana 'gagal' mencapai sesuatu yang diharapkan, perjuangan peribadi dinamakan perjuangan rakyat!

Kesian Mr. Yong, orang sudah cerita 1Malaysia, dia masih cerita lama....

Anwar Kau Jangan Berdegar Degar Je..... Risikan Kata PR Corot...???

on Oct 30, 2010

Batu Sapi: Pakatan Rakyat Semakin Mara Ke Hadapan!!

Sokongan Meningkat, PR Tembus Kubu Kuat Umno-BN Di Batu Sapi 



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.


Anwar yang tiba di Sandakan semalam untuk membantu memantapakan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini berkata kejayaan di Batu Sapi seterusnya akan mempunyai kesan yang besar pada peringkat negeri Sabah dan seluruh negara untuk membuat perubahan kerajaan pusat.

"Saya tinjau di beberapa kawasan Batu Sapi dan dapati sesetengah kawasan amat keterbelakang dari segi pembangunan seperti Semenanjung 30 tahun dahulu. 

Ini jelas membuktikan walaupun BN sudah memerintah Sabah hampir 50 tahun parti itu gagal membantu rakyat malah membiarkan rakyat terus dihimpit kemiskinan. 

"Walaupun kita berjaya menembusi kawasan-kawasan ini cabaran kita ialah merayu kepada mereka supaya berani membuat perubahan sebagaimana pengundi Sibu.

"Lihat sahaja insiden jambatan runtuh semalam yang melibatkan calon kita, Ansari Abdullah. Berbilion bilion balak di ambil dari Sabah, tidak boleh kalah satu atau dia batang balak di korbankan untuk membuat jambatan bagi orang miskin di Batu Sapi? 

Adakah nilai orang Islam di Batu Sapi hanya RM200 sahaja setiap kali datang pilihan raya?" kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tagi.

Anwar berkata rakyat menyambut baik apabila mendengar penerangan mengenai kejayaan dasar pembangunan ekonomi dan kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Semenanjung.


Rakyat Batu Sapi dan Sabah juga berpeluang menikmati dasar air percuma, bantuan kepada warga emas, pelajar universiti dan mikrokredit kalau mereka memilih Pakatan Rakyat mewakili mereka di Parlimen.

"Kita cakap apa yang kita sudah buat bukan janji kosong macam Umno-BN

Ditanya mengenai tahap sokongan pengundi dan masyarakat Cina, Anwar berkata beliau yakin sokongan akan bertambah dalam beberapa hari sebelum hari mengundi terhadap Pakatan Rakyat daripada 40 peratus setakat ini. 

Mengenai Parti Maju Sabah (SAPP), Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah bersikap lunak dan berlembut terhadap parti tersebut tetapi presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkeras dan mengambil sikap tidak mahu berkompromi.

"Kita berbincang secara baik tetapi SAPP tidak mahu menunjukkan komitmen mereka menentang Barisan Nasional. 

Jadi kita tidak tahu sejauh mana parti ini serius untuk membuat reformasi dan perubahan walaupun pada mulanya mereka menjadi bebas namapakm sedikit harapan tetapi tidak lagi sekarang," tegas Anwar lagi.

Sebelum itu Anwar menemui pengundi di Lupak Meluas dan menyeru mereka melipat gandakan usaha untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat kepada rakyat Batu Sapi.

"Anak-anak muda harus sebarkan pesanan ini kepada kawan-kawan, ibu bapa dan jiran mereka supaya angin perubahan yang ingin di bawa oleh Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan mereka," kata beliau.

Anwar Minta Rakyat Batu Sapi Cipta Sejarah Cetus Perubahan Di Sabah

on

Batu Sapi: Tolak Barisan Najis, Petanda Pakatan Rakyat Hampir Ke Putrajaya!




Ketua Pemabngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa mesej jelas kepada rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi supaya segara membuat perubahan yang kritikal dalam usaha Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bercakap kepada pengundi di Dewan Serbaguna Tadika Tai Tong malam tadi, Anwar menegaskan seperti rakyat Sibu, Sarawak yang menolak Barisan Nasional pada pilihan raya kecil padsa Mei lalu, pengundi Batu Sapi juga mampu menghantar mesej yang terang kepada BN bahawa rakyat di kawasan parlimen ini juga menolak mereka.


"Pemimpin Umno dan BN sombong dan bongkak dan mereka tidak membela rakyat yang miskin. Balak mereka ambil , hasil minyal mereka sapu, tanah rakyat mereka rampas. Apa yanb rakyat dapat, mereka terus miskin, hidup melarat dan menjadi kuli dan hamba kepada tauke-tauke kaya. 

"Berapa lama dia mahu tipu rakyat? Akhirnya apa yang kita lihat di Sibu, kubu kuat mereka berjaya kita rampas dan Sibu menjadi petanda gelombong perubahan di Sabah. Rakyat Batu sapi juga mampu cipta sejarah sebagaimana rakyat Sibu.

"BN perintah Sabah hampir 50 tahun, air hujan banyak tapi bekalan air rakyat tidak ada. saya pernah pergi ke Mali, sebuah negara Afrika, juga di sana tidak ada air sebab hujan turun hanya dua kali setahun. Di sini air banyak tapi air untuk minum tidak ada," tegas Anwar yang terus menemui pengundi daripada kalangan masyarakat Cina di kawasan Karamunting.

Mesej yang sama di bawa kepada penduduk miskin di Kampung Gas Besar yang merupakan penempatan masyarakat Melayu yang hidup dalam keadaan serba dhaif.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata rakyat Batu Sapi tidak ada pilihan melainkan memenangkan wakil Pakatan Rakyat sekiranya mahu suara mereka diangkat dan diutarakan dalam Parlimen. 

"Saya mahu rakyat Batu Sapi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan mengundi calon kita, Haji Ansari Abdullah. Saya berjanji sebagai pengerusi Pakatan Rakyat jika tuan-tuan dan puan-puan pilih dia, kami akan pantau prestasi dia, kalau tidak buat kerja kita humban dalam laut," kata Anwar secara berseloroh.

ANSARI MUNGKIN KALAH ATAU MAHU KALAH.........???

on

Khabar angin tersebar luas di sekitar Batu Sapi dan Sandakan. Hanya mereka yang berada di sana 4 hari pertama selepas penamaan calon sahaja yang tahu situasi sebenar apa yang berlaku di Batu Sapi.

Mengikut culaan awal dari satu sumber yang berjaya di'smuggle' keluar dari bilik gerakan BN menunjukkan bukan Keadilan yang mendahului, dan bukan juga Barisan Nasional yang mendahului. Anda mungkin pelik untuk mengetahui berita ini tetapi bagi yang hadir sebagai petugas dan pemerhati di Batu Sapi, banyak berita kurang enak untuk halwa telinga setiap penyokong Pakatan Rakyat.

Orang cina sebaik Tian Chua dimarahi oleh ketua Cabang Batu Sapi seharusnya menjadikan berita ini pelek. Mustafa Kamil di arah supaya keluar dan tidak membantu juga di anggap pelik. Mujur YB Fuziah hadir membawa panji penyelamat setelah Mustafa Kamil dan Tian Chua di'sekat'. Jangan kita lupa bahawa YB Fuziah adalah seorang yang optimist, memandangkan beliau juga seorang motivator yang cukup motivated. Gerakan untuk memenangkan Ansari kembali bergiat lancar.

Chegubard juga telah memainkan peranannya di Batu Sapi dengan sempat hadir di tiga ceramah walaupun hari sebelumnya kelihatan sugul kerana ramai petugas yang sudah 'lari' berikutan peristiwa di Airport Sandakan sehari sebelumnya. Sebagai seorang pemimpin yang tidak kenal erti mengalah, Chegubard hadir sebagai penceramah di beberapa tempat yang turut dihadiri oleh YB Fuziah Saleh dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Tiga hari pertama selepas hari penamaan calon adalah kritikal sekali. Seterusnya setelah seorang pemimpin tempatan yang sepatutnya diangkat menjadi calon tetapi dipinggirkan iaitu Ahmad Thamrin Zaini telah berjaya disejukkan hatinya (di sini), semua gerak kerja pilihan raya kembali bersemangat untuk memberi kemenangan kepada Ansari. Walaupun mengikut kedudukan culaan menunjukkan Keadilan berada di tempat tercorot, namun tidaklah kita pasti samada masih sempat untuk memperbaiki keadaan atau - terlewat sudah!

Kerja keras setiap petugas dikerah, rumah-rumah kampung dan rumah teres semua dilawat dan disinggah. Mereka juga tahu apa yang mungkin berlaku disebalik kemenangan Ansari. Mereka yang turun di Batu Sapi kini benar-benar mahukan kemenangan untuk Keadilan demi 'untuk mengajar Ansari Abdullah' !

Maka tidak hairanlah mengapa si Ansari itu dua kali terjatuh ke Laut dalam minggu yang sama. Jika sekali mungkin boleh dikatakan nasib, tetapi apabila berlaku kali kedua dalam masa singkat - itu kita panggil suweyyyy!

Walaupun Keadilan mungkin kalah di Batu Sapi, kita semua harus berjiwa besar untuk menerima kekalahan ini. Bak kata pemimpin PAS, "kita kalah dah biasa". Saya bukan berniat untuk melemahkan semangat, saya masih katakan kita punya peluang walaupun YB Fuziah optimis dengan nombor-nombor dan persen-persennya. Saya masih mengharapkan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.

Harapannya, Galas menjadi pengubat luka. Kerana sepengetahuan saya, kita jauh mendahului di Galas. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, di Batu Sapi pun macam-macam telah berlaku. Ada yang boleh diexpose, ada yang bersifat confidential. Oleh kerana itu, saya akhiri ulasan pendek ini dengan sebuah doa dan harapan agar sama-sama kita usaha ke arah menumbangkan Barisan Nasional, yang angkuh lagi zalim !


PERHATIAN!! PR dilarang berkempen di sini......???

on Oct 29, 2010





 Barisan Nasional membawa budaya politik Malaysia ke zaman batu apabila memasang kain rentang di bilik gerakannya di Kampung Istimewa melarang petugas Pakatan Rakyat memasuki perkampungan tersebut untuk menemui pengundi.

Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari pada masa persada politik negara sedang menuju ke arah pembudayaan dan kerangka politik baru malangnya Umno dan BN dilihat ingin membawa rakyat kembali kepada zaman kegelapan politik penuh kezaliman, pemikiran kuno dan politik lama.


"Kita tidak mahu kembali kepada politik tahun 1960-an yang diamalkan oleh BN seperti mana yang kita lihat di Kampung Istimewa semalam. Mereka memasang kain rentang yang melarang pembangkang memasuki kampung itu. BN mahu kita kembali kepada zaman batu tetapi kita mahu bawa budaya politk baru yang melibatkan debat, diskusi dan perbincangan bagi memberi peluang kepada pengundi Batu Sapi membuat pertimbangan dan seterusnya pilihan alternatif yang paling baik di antara tiga calon yang bertanding," kata Ansari pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pagi tadi.

Semalam Suara Keadilan melaporkan kira-kira 20 anggota pasukan petugas perayu undi dan culaan dari Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh dan Bayan Baru telah dihalang oelh samseng Umno daripada menemuim pengundi Kampung Istimewa di kawasan Dewan Undangan Negeri
Sekong.

Mereka telah diugut dan dilemparkan kata-kayta kesat dan diancam dengan kekerasan serta memaksa penduduk menutup pinti rumah dan tidak memenerima kedatangan petugas KEADILAN.

Berhubung dengan jemputan Debat Perdana dengan calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil 4 November depan, Ansari mengkritik calon Parti Maju Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang cuba mengelak mengambil bahagian dengan mengatakan beliah hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri dan presiden parti.

"Ingin saya ingatkan kepada sahabat saya Datuk Yong bahawa debat ini adalah antara calon-calon yang bertanding di pilihan raya kecil ini bukannya antara presiden parti. Kalau datuk Yong mahu berdebat dengan Ketua Menteri silakan, mahu berdebat dengan Datuk Seri Anwar silakan juga tapi di atas platform dan waktu yang lain. Debat ini adalah antara calon-calon bagi memberi peluang kepada pengundi Batu Sapi siapa di antara ketiga-tiga kita yang terbaik untuk dipilih bagi mewakili mereka di Parlimen.

"Mungkin Datuk Yong teringat kes saya dengan beliau ketika saya mengambil kes Datuk Harris tapi kali ini rakyat yang menjadi hakim, ini bukannya kes mahkamah. Jadi saya harap beliau tidak lari dari fokus dan tujuan debat dan menerima pelawaan kami," ujar Ansari.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List