DUNIA ARTIS :- Artis Sorok Tunang & Kahwin Senyap

on Nov 2, 2010


Inilah artis. Bila bercinta nafi sana, sorok sini. Bila pihak media tanya, jangan harap nak bagi tahu. Tapi bila sudah kantoi atau ada masalah, barulah bercerita keburukan pasangan masing-masing. Ketika itulah khidmat media sangat dihargai.

Bagi Miss Propa, soal jodoh dan perkahwinan janganlah nak disorok-sorok. Miss Propa faham, sebagai selebriti anda memerlukan privasi, tapi sepandai manapun kamu menyimpan rahsia, pasti akhinya akan dapat dihidu juga.

Miss Propa bukannya apa. Kadang-kadang bila terdengar ada artis wanita yang teraniaya kerana penangan asmara, timbul pula perasaan kasihan. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi dengan Farah Asyikin.
Pertunangan yang diikat telah terabai tepi jalan. Salah siapa? Miss Propa pun tak pasti. Tapi sebagai selebriti atau 'public figure', peminat pastinya ingin tahu, sebab dan musababnya. Lebih-lebih lagi kerana awak itu pernah berkahwin sebelum ini.

Ada juga selebriti yang mahu merahsiakan tarikh pernikahannya. Contohnya Bienda. Tak ada hujan tak ada rebut, tiba-tiba Miss Propa terima jemputan untuk menghadiri majlis persandingannya pada awal Oktober ini.
Sekarang ini pula tengah sibuk memperkatakan hubungan cinta antara pelakon jelita Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha. Kepada yang tak tahu, mereka sekarang sudahpun bertunang.

Dalam mereka mengecapi kebahagiaan sebagai tunang, bermacam-macam jugalah rintangan yang dihadapi. Kalau boleh mereka ingin saja hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan ramai.
Ish..ish..ish...Miss Propa jadi pening. Daripada melayan kerenah selebriti yang suka main sorok-sorok ni, lebih baik Miss Propa layan tidur. Boleh juga bermimpi dengan Shah Rukh Khan. Kami tak bertunang ya, hanya kawan saja.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List