Pemilihan PKR: Aktivis Reformasi desak Anwar atasi kelemahan

on Nov 2, 2010

pemilihan 2010PETALING JAYA: Aktivis Reformasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak agar Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil perhatian serius untuk mengatasi kelemahan yang wujud dalam Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan sekretariat di ibu pejabat yang bertindak sebagai pengendali pemilihan 2010.

"Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihan raya dengan adil dan telus.

"Oleh itu kami mendesak pimpinan parti khususnya Anwar Ibrahim mengambil perhatian pandangan kami. Jangan sampai kita diberi pepatah “seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi," demikian kenyataan yang tidak bernama kepada FMT hari ini.

Katanya, kesilapan teknikal semalam memberi impak negatif yang mampu menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan parti dalam mentadbir negara.
Akan lebih malang lagi, jika rakan seangkatan dalam Pakatan Rakyat (PAS dan DAP) mula hilang keyakinan terhadap kemampuan parti.

Aktivis Reformasi kesal dengan perkara yang berlaku sambil menyifatkan rentetan isu teknikal ini menunjukkan kelemahan ketara kedua-dua pihak malah memberi kesan psikologi kepada para penyokong calon yang bertanding.
"Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi Azmin Ali dan juga bagi pihak Datuk Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti.

Kesan psikologi dan mental

"Ia juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen," katanya.
Kekeliruan ini timbul apabila seorang petugas JPP melalui akaun twitternya mengeluarkan keputusan keseluruhan bahawa Zaid mendahului Azmin bagi jawatan timbalan presiden, malah ia turut disiarkan melalui laman web rasmi PKR.
Menerusi twitter dan laman web itu pada awalnya melaporkan Zaid mendahului Azmin dengan 632 undi. Zaid memperoleh 3,683 undi berbanding Azmin 3,051 undi dan Mustaffa ditempat ketiga dengan 1,271 undi.
Ekoran hal itu, media dan portal berita turut melaporkan seperti yang diterima melalui twitter mahupun laman web rasmi tersebut.

Namun Setiusaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menerusi sidang media semalam, mengakui kesilapan manusia menjadi faktor kekeliruan kepada data undi itu.
Saifuddin kemudian memberi angka rasmi dan menunjukkan Azmin mendahului Zaid dengan perbezaan 522 undi.
Perebutan jawatan timbalan presiden bagi pusingan pertama secara rasminya, Azmin mendahului dengan 3,051 undi, Zaid (2,529) dan Mustaffa Kamil Ayub (1,149).

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List