80% tanah Melayu Penang Habis Tergadai - GPMS salahkan UDA GPMS salahkan UDA

on Nov 2, 2010

GEORGETOWN - Isu penyusutan tanah milik Melayu di negeri ini yang hanya tinggal 20 peratus sebagaimana yang didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan bagi mengelak terjadi situasi yang lebih buruk termasuk Pulau Pinang menjadi ‘Singapura kedua’. 

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim yang mengingatkan demikian berkata, satu usaha drastik perlu dilakukan bagi menyelamatkan tanah milik orang Melayu yang tergadai gara-gara agenda pembangunan pihak swasta. 

“Dalam hal ini, saya lihat UDA Holdings perlu dipersalahkan apabila pihak berkenaan gagal berfungsi dalam memartabatkan Melayu khususnya dalam hal hartanah ini. Lagipun mereka sudah lama diberi peranan untuk menguruskan tanah hak milik orang Melayu Pulau Pinang. UDA diberi amanah untuk membangunkan tanah orang Melayu bagi tujuan ekonomi orang Melayu sendiri namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. 

“Masalah berlaku apabila UDA menjalankan projek pembangunan yang dijual bertaraf tinggi yang tidak mampu dibeli orang Melayu,” katanya. 

Mengambil contoh apa yang terjadi di Tanjung Tokong, Jais berkata, UDA seolah-olah mahu mengusir orang Melayu dari kawasan itu selain meminggirkan penduduk setempat daripada arus pembangunan. 

“Saya percaya, ia berpunca dari individu-individu yang menguruskan UDA itu sendiri yang sangat pentingkan diri sendiri yang tidak memahami aspirasi dan kepentingan orang Melayu,” katanya. 

Menurutnya, orang Melayu sendiri juga perlu membetulkan sikap yang dilihat terlalu memikirkan keuntungan jangka pendek degan menerima tawaran tinggi pemaju.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List