MAKA BERKATA LAH MENTERI BESAR MAHKAMAH.........???

on Oct 25, 2010

PULAU PANGKOR: Program turun padang ke seluruh negara oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai tahun depan akan mempercepatkan proses mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Ahad berkata selain merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat, ianya juga memberi peluang kepada pemimpin negara melihat sendiri permasalahan rakyat.
Langkah itu juga dapat memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN dan parti pemerintah, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India Pulau Pangkor di sini sempena sambutan Hari Deepavali pada 5 November ini.
Pada majlis anjuran MIC Cawangan Pangkor itu, seramai 55 warga emas dan golongan miskin menerima sumbangan berupa duit raya dan barangan keperluan harian daripada Zambry, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor.
Mengulas tanggapan bahawa program turun padang tersebut menunjukkan tanda-tanda pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir, Zambry, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN Perak telah lama bersiap sedia. - BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List