Apabila ucapan perasmian lembab, maka jelaslah UMNO pun akan malap.

on Nov 29, 2012







Ucapan Perasmian di Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Tan Sri Muhyuddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia malam tadi ibarat 'copyprint' yang tidak menjurus kepada arahan dan mandat untuk UMNO mencapai keputusan PRU supaya lebih cemerlang dari keputusan 2008.

Ucapan diatur untuk menghentam PAS secara tidak langsung mengambarkan bahawa beliau kehabisan modal untuk memikat perwakilan supaya lebih bersemangat. Nyata beliau ketandusan ideal apabila tak ada perkara baru yang dilontarkan untuk disambut oleh perwakilan ketiga-tiga peringkat itu.

Selain menyatakan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP beliau cuba menampilkan bahawa PAS tidak pernah bertanding melebihi separuh kerusi Parlimen setiap kali pilihanraya umum, nampak sangat beliau tidak cermat dalam memberi hujah apabila beliau tidak cuba membandingkan kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada PRU 2008 lalu.

Beliau hendak memberitahu bahawa PAS tidak menang lebih daripada separuh kerusi untuk dapat membentuk kerajaan kerana PAS tidak bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen. Sedangkan beliau lupa bahawa UMNO pun pada pilihanraya 2008 tidak menang lebih daripada separuh kerusi tapi dapat meneraju kerajaan.

Nampak sangat cara perbandingan tidak bertaraf seorang pemimpin yang realistik, sebab itulah sepanjnag ucapan beliau menjadi malap dan tidak mendapat sambutan yang mengalakan yang mana para perwakilan seakan-akan memaksa diri untuk bertepuk tangan.

Perkara yang lebih malang lagi apabila dipermulaan ucapan, beliau meletakkan negara Malaysia ini untuk dibanding dengan negara Myamar, Sri Lanka dan Fiji. Sedang semua tahu bahawa Malaysia adalah jauh lebih baik daripada negara tersebut, rakyat Malaysia cerdik dan matang. Bagaimana beliau cuba meletakkan taraf rakyat Malaysia serendah itu. Apakah beliau ada niat untuk menghina rakyatnya sendiri.

Sepanjang ucapan beliau, tidak pula menegur akan kelemahan yang terdapat di ketiga-tiga peringkat pergerakan tersebut, seakan-akan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tidak ada apa yang patut ditegur, sedangkan rata-rata orang mengetahui ada banyak perkara yang boleh ditegur untuk menambah nilai bagi kekuatan sayap parti itu.

Kenapa malu untuk menegur, kerana sebagai pemimpin yag baik yang kurang hendaklah ditegur. Tengok semasa Musa Hitam jadi Timbalan Presiden dulu, sayap Pemuda dan Wanita selalu ditegur, itu sebabnya Pemuda dan Wanita dulu bermaya dan hebat. Atau beliau berhati-hati kerana selepas PRU 13 ini, UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, jasteru itu hati sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mesti dijaga kerana disitu sudah ada undi tetap.

Apabila ucapan perasmian lembab, maka jelaslah UMNO pun akan malap.


yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List