Copy & Posted By mahi on
Aug 25, 2011
Mengenengahkan isu perkauman memang sudah menjadi isu basi bagi generasi yang muda. Generasi muda sudah menganggapnya sebagai isu lapuk yang hanya di gunakan oleh pihak yang desperado untuk terus menunggangi rakyat untuk kepentingan kuasa yang berlandaskan kepada pemikiran sempit setengah pihak.
Sebenarnya jika seseorang itu mempunyai pemikiran yang tenang tanpa di saluti oleh pemikiran sempit politik, isu perkauman amat menjemukan kerana itu bukanlah isu pratikal lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Oleh itu telah mula kita nampak jelas tanda-tanda yang menunjukan yang rakyat sudah tidak mahu lagi menerima pihak-pihak yang menggendangkan isu perkauman kerana isu itu hanya akan membuatkan mereka tidak tenang untuk hidup dalam masyarakat majmuk yang merupakan realiti kehidupan di Malaysia ini.
Rakyat sudah mula menggorak langkah untuk menghindarkan dari isu perkauman ini menjadi lebih menebal di kalangan berbagai kaum di negara ini. Dalam masa yang terdekat ini sudah ada kecenderungan yang orang Melayu untuk menyertai DAP yang sekarang ini di dominasi oleh kaum Cina dan PAS yang bukan sebuah parti perkauman.
PAS melandaskan perjuangan kehidupan bermasyarakat yang berkebajikan yang berlandaskan kepada Islam di samping menghormati semua kaum dan agama. Ramai cendiakawan Melayu sudah mula menyertai PAS dan mereka merupakan kumpulan yang memahami yang Islam itu adalah agama sejagat yang tidak memisahkan satu kaum dengan kaum yang lain.
Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS beberapa hari yang lepas telah berucap dengan panjang lebar di Petaling Jaya dan telah menyatakan yang kecenderungan orang Melayu untuk menyertai DAP merupakan satu tanda yang jelas bahawa rakyat tidak mahu UMNO memainkan isu perkauman lagi. Maksud Timbalan Presiden PAS itu ialah jika ramai orang Melayu menyertai DAP maka UMNO, MCA dan MIC semakin hari semakin susah untuk keluar dengan isu rasis yang merbahaya untuk negara ini..
Selagi isu perkauman dimainkan tanpa di sekat sampai bila pun matlamat negara untuk mencapai perpaduan nasional akan sentiasa gagal. Jika gagal untuk mencapai perpaduan Nasional itu maka ianya akan membawa kepada situasi sebuah negara yang tidak pernah berjaya sebagai sebuah negara merdeka yang aman, makmur dan berdaulat. Rakyat sudah mula menunjukan bahawa mereka menganggap pihak yang memainkan isu perkauman sebagai anti-nasional.
Saya juga telah mengikuti perkembangan ADUN tempat saya tinggal, YB Hanna Yeoh dan ramai lagi pemimpin DAP telah dengan terang dan terbuka mahukan DAP di sertai oleh semua kaum yang inginkan ‘package’ kemajuan dan keamanan. Hanna yang mewakili rakyat dari gulungan muda telah menyatakan dari awal penglibatan beliau dalam politik yang beliau tidak akan menyertai DAP, jika parti itu hanya mementingkan kaum Cina semata-mata.
Hanna dan ramai anak-anak muda menyertai DAP kerana perjuangan parti itu ialah untuk semua kaum. Selagi ada parti yang memainkan isu perkauman selagi itulah pencapaian perpaduan nasional itu akan terbantut.
Dengan keterbukaan DAP untuk menjayakan matlamat parti itu untuk menjadi parti berbilang kaum, akhir-akhir ini telah menarik minat bagi mereka yang ingin keluar dari bebanan dan kepompongan parti-parti yang tebal sentimen perkaumannya. Apabila mereka hidup tanpa dikongkong oleh pemikiran sempit dan rasis itu, maka mereka merasa senang dan menikamati rasa bebaik sangka di antara jiran tetangga yang terdiri dari berbilang kaum, budaya dan agama.
Bagi diri orang seperti saya ini yang penting sekali ialah kedamaian hidup berjiran dan bertetangga dari semua kaum. Semasa terkejut tergempar orang yang paling hampir dengan saya untuk membantu ialah jiran saya kerana saudara mara tinggal berjauhan dengan saya.
Kita berkehendakan jiran yang menengok-nengokan kita dalam kesusahan dan juga kita memerhatikan mereka jika mereka berada dalam kesusahan. Ini kehidupan yang kita hendak cari dan impikan. “Orang besar-besar dalam UMNO bukan datang menengok kita dalam kesusahan. Mereka merompak segala apa yang kita punya” kata salah seorang yang tinggal tidak berjauhan dari rumah saya.
“What we want to see is some decency in the government” kata seorang lagi jiran tetangga saya yang sudah berusia sebaya dengan saya. “I hate to hear party leaders talking about sex scandals of others while they themselves are thieves and vandals” sambongnya lagi.
“Najib is that weak but Muhyiddin is even worse. No one in UMNO has the quality that we want to see. ….at least the very basic quality” kata seorang guru besar sekolah menengah di Petaling Jaya yang saya kenali.
Kelemahan dan kekurangan sokongan ini menyebabkan pemimpin UMNO bermain dengan isu dan sentimen perkauman dan inilah yang akan menjadi penyebab kejatuhan parti itu di hadapan mata dan kepala rakyat. Dalam masa rakyat sedang memperjuangkan hidup muhibbah di anatara satu kaum dengan kaum yang lain, UMNO terus memainkan tindakan yang bertentangan dengan pandangan rakyat terutamanya yang muda-muda dengan menebalkan sentimen perkauman itu.
Di atas isu ini maka jelas bukan rakyat yang membuatkan UMNO itu secara beransur-ansur menjadi tidak rekevan tetapi parti itu sendiri yang menempah-menampah keadaan itu.
kredit :- Aspan alias
0 comments:
Post a Comment