Polis belum mengambil keterangan daripada wanita dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini dan didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl SaniAbdullah Sani berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.
"Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS hari ini.
Sehingga kini polis belum menemui wanita itu, katanya yang menafikan laporan akhbar yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai berkata polis telah mengambil keterangan wanita dalam video itu.
"Kenyataan dalam akhbar (Bahasa Inggeris) hari ini adalah salah dan IGP (Ketua Polis Negara) tidak pernah berkata sedemikian," kata Acryl Sani yang bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita itu.
Semalam Ismail berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks itu berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan.
Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap jam Omega, Acryl Sani berkata tempoh seminggu yang diberikan polis kepada syarikat yang mengedar jam mahal itu akan berakhir minggu ini.
Beliau berkata bagaimanapun syarikat itu belum memberikan maklum balas.
"Pihak pengedar janji minggu ini tetapi masih belum diterima," katanya.
Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik serta Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Bernama
Polis belum ambil keterangan wanita.....???
Copy & Posted By mahi on Apr 16, 2011
Labels:
Hal Politik Malaysia
0 comments:
Post a Comment