Penjenayah tiada profil spesifik

on Sep 14, 2010

KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah menyifatkan penahanan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang juga peguam bergelar Datuk membuktikan penjenayah tidak mempunyai profil yang spesifik. 

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata penahanan suspek utama yang dikenali penduduk setempat dan mempunyai kedudukan itu juga membuktikan pemilihan untuk menjadi penjenayah adalah pilihan individu.


“Ia pilihan individu dan bukan diwarisi secara genetik atau dibentuk persekitaran,” katanya di sini, semalam selepas program pencegahan jenayah Black Maria yang diterbitkan stesen Radio24.
Beliau mengulas penahanan suspek utama kes pembunuhan kejam Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang dilaporkan secara meluas oleh media tempatan sejak kehilangan mereka 30 Ogos lalu. 

Beliau menyifatkan pembunuhan itu sebagai jenayah melampau dan dilakukan secara execution style apabila suspek dipercayai merancang hapus bukti dengan membakar mangsa sebelum membuang abu mangsa ke dalam sungai.


BERNAMA 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List