Syed Husin tidak pertahan jawatan no 2 PKR.....???

on Sep 14, 2010

Kini rasmi - Syed Husin Ali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini.

NONEBagaimanapun menurut ahli politik veteran yang pernah menerajui Parti Rakyat Malaysia sebelum partinya bergabung dengan KeAdilan pada 2003, beliau akan tetap aktif dalam politik.

"Saya akan berusia 74 tahun minggu depan. Saya berharap dapat meluangkan lebih masa untuk menulis dan juga menemani isteri, anak dan cucu saya.

"Saya rasa saya belum begitu tua lagi tetapi saya mahu merintis jalan supaya mereka yang berdarah muda dapat mengambil-alih,” katanya.
Syed Husin, yang dilantik sebagai senator tahun lalu telah menjawat jawatan timbalan presiden untuk selama dua penggal apabila pengabungan kedua-dua parti itu membentuk PKR.
Keputusannya untuk mengundurkan diri itu pasti akan menghangatkan lagi pemilihan PKR di mana kerusinya itu sebelum ini diintai oleh naib presiden parti itu, Azmin Ali dan ahli majlis tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim.
Pada sidang medianya, hari ini, beliau bagaimanapun belum bersedia memaklumkan siapa yang bakal disokongnya bagi mengisi jawatan nombor dua PKR.

azlan"Saya berharap ahli akan memilih pemimpin yang ikhlas terhadap perjuangan PKR dan mempunyai pendirian tegas terhadap rasuah,” katanya.
Ditanya oleh wartawan sama ada beliau menghadapi tekanan untuk berundur selepas beberapa ahli parlimen dan ADUN PKR secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Azmin, Syed Husin menafikannya.

"Saya tidak tertekan...Jika saya rasa tertekan, adalah menjadi tanggungjawab moral saya memaklumkannya kepada parti,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Zaid bahawa beliau bakal menerima nasib yang sama seperti yang menimpa timbalan presiden Umno Tun Ghafar Baba dalam pemilihan Umno, Syed Husin berkata “ terpulang kepadanya untuk membuat komen itu, mungkin itu taktiknya, mungkin dia tidak yakin tetapi saya tidak fikir dia akan menghadapi nasib yang sama.”

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List