Sejak hidup ini hanya kerajaan yang diterajui oleh UMNO yang dapat dirasa memerintah Malaysia, tidak dinafi negara berada dalam keadaan aman dan tidak ada berlaku rusuhan kaum yang besar yang boleh menghancurkan negara hanya peristiwa 13 mei tercetus selapas pengumuman pilihanraya pada tahun 1969.
Kini pilihanraya umum ke 13 hampir tiba, Kerajaan BN akan ditentang secara satu lawan satu oleh gabungan parti pembangkang yang dikenali dengan pakatan rakyat (PR) yang dianggotai oleh parti PKR, PAS dan DAP, yang mana semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.
Bagi mengelak kejatuhan kerajaan BN, parti-parti kompenannya yang diterajui oleh UMNO sedang giat mengatur kempen bagi menghalang pengundi dari memberi sokongan kepada PR dan beberapa isu dilontarkan bagi menyekat kemaraan PR. Diantara isu yang hangat ialah sekiranya PR dapat memerintah Malaysia maka DAP lah yang akan berkuasa.
DAP berkuasa bererti orang cina yang berkuasa kerana sejak dulu lagi rakyat Malaysia diwar-warkan bahawa parti DAP adalah parti yang dikuasai oleh kaum cina. yang disamakan dengan kerajaan Singapore iaitu parti PAP memerintah Singapura. Apakah BN lupa siapa yang keluarkan Singapora daripada gagasan Tanah Melayu, bukankah pemimpin UMNO.
Rata-rata diberitahu oleh penceramah BN terutamanya UMNO bahawa sekiranya PR boleh memerintah Malaysia maka terhapuslah kuasa melayu, maka DAP lah yang akan banyak kuasa, maka jatuhlah maruah orang melayu, maka akan terjadilah seperti negara Singapora yang mana orang cina akan jadi Perdana Menteri.
Tapi pada masa yang sama penceramah UMNO menyokong kepimpinan MCA yang mana cina adalah orangnya, Ketuanya cina dan ahli pun cina, begitu juga penceramah UMNO menyokong MIC iaitu parti perkauman India ertinya penceramah UMNO secara terang ingin menipu pengundi supaya BN akan kekal memerintah. UMNO sokong cina tak apa, tapi PR sokong DAP tak boleh, apakah pada orang UMNO, CSL Presiden MCA itu bukan orang cina?.
Jelas, UMNO sekarang mengunakan isu-isu yang boleh memudaratkan percambahan minda rakyat supaya tidak terbuka dan tidak mengambil keputusan yang bijak, sepatutnya UMNO dan BN berkempen untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara lebih tersusun yang tidak memperkayakan kenalan dan orang yang rapat saja, sepatutnya kerajaan melebarkan dasar kesihatan yang lebih baik, dasar pendidikan yang lebih telus dan dasar yang berterusan bukan dasar BR1M dan lain-lain berupa taburan wang untuk memikat undi.
Setelah sekian lama rakyat didodoi dibawah kerajaan BN, maka sudah sampai masanya rakyat yang hidup hanya dibawah pentadbiran kerajaan yang satu-satunya ini diberi ruang untuk memilih dengan secara teratur dan bijaksana, Rakyat perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti untuk mengubah cara hidup dengan corak yang lain pula.
kalu sekarang rakyat hidup dibawah kerajaan yang dinamakan kerajaan BN yang rakyat dah tahu kemampuan dan keberkesanan serta mengalami taraf hidup seperti hari ini, maka tidak menjadi kesalahan bagi rakyat untuk bernaung dibawah kerajaan baru iaitu dibawah PR, mahu melihat janji-janji yang dibuat oleh PR adakah mampu dan lebih baik daripada yang dinikmati oleh keseluruhan rakyat seperti hari ini.
Sekiranya tidak banyak berlaku perubahan dan nasib rakyat seperti apa yang terdapat sekarang tidak juga berubah maka lima tahun lagi rakyat berpeluang memberi sokongan kepada parti dimasa itu yang difikirkan lebih baik dan mampu memperkasakan rakyat dan negara.
Ertinya pertukaran kerajaan tidak memberi kesan kepada pertukaran kepimpinan negara daripada orang melayu kepada bangsa lain kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah berkenan perlantikan Perdana Menteri dan tentunya mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.
Dalam PRU13 adalah dipercayai ahli parlimen melayu akan menguasai parlimen malaysia. jadi tak ada sebab rakyat perlu takut untuk memberi sokongan kepada PR. Rakyat yang tahu akan kerakusan pemimpin BN dan sudah puas berada dibawah kerajaan BN maka bolehlah cuba untuk berada dibawah kerajaan PR.
0 comments:
Post a Comment