Kongres PKR dipenuhi emosi dan angan-angan...?

on Nov 27, 2011



Sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR merasmikan sayap wanita dan AMK, dia mencanangkan bahawa Anwar Ibrahim pasti menjadi Perdana Menteri ke-7 negara, sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan.

Malah Timbalan Presiden PKR itu mengeluarkan ancaman, jika Anwar didapati bersalah kerana meliwat, maka dia akan mengetuai sayap wanita dan AMK untuk merobohkan tembok penjara.

Melalui kenyataan Azmin yang dizahirkan melalui ucapan itu, jelas bagi kita bahawa perjuangan PKR hanya semata-mata untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, melalui cara apapun, termasuk melanggar undang-undang.

Tentangan perwakilan PKR terhad Rang undang-undang Perhimpunan Aman, merupakan salah satu strategi parti itu, bahawa jika Anwar dimasukkan dalam penjara kerana didapati bersalah, maka mereka akan turun ke jalan, mencontohi rakyat Mesir yang berjaya mengulingkan Husni Mubarak.

Mereka telah tahu, bahawa undang-undang pengistiharan darurat telah ditarik balik, atas sebab itu, mereka menentang Rang Undang-undang itu, demi memperlancar tindakan mereka.

Walaupun PKR adalah parti terlemah antara tiga parti Pembangkang DAP-PAS-PKR, mereka memaksa juga, agar Anwar dilantik Perdana Menteri.

Sayang, emosi perwakilan dan para pemimpin PKR itu, hanya terhad dikalangan mereka, mereka asyik dengan angan-angan, mereka lupa bahawa kemenangan dalam pilihanraya itu berasaskan kepada undi majoriti rakyat.

Mereka terlupa bahawa sebahagian rakyat masih mempertahankan kerajaan BN, walaupun pada PRU-12, dikala BN dalam keadaan terlemah, pun demikian, mereka hanya mampu mengurangkan kuasa 2/3 BN dalam Parlimen, dan menguasai beberapa negeri, namun keadaan pada tahun 2008 itu, tidak lagi sama dengan keadaan sekarang.

Semenjak Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang diikuti berbagai transforamsi apakah dalam politik, ekonomi dan sosial, rakyat telah faham, bahawa Kerajaan BN telah berubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Rakyat majoriti telah mengerti bahawa Kerajaan BN akan terus melakukan Transformasi, demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dalam mencapai wawasan 2020.

Rakyat tidak akan mahu menjadi uji cuba, Pakatan, kerana, biasanya Kerajaan yang tiada pengelaman akan mencuba berbagai perkara, yang belum tahu keputusannya.

Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak (11 bulan), telah merasakan bahawa janji-janji Pakatan sukar ditunaikan, sehingga majoriti janji-janji itu hanya menjadi retorik.

Percayalah, Kerajaan BN yang mempunyai pengalaman mengurus negara lebih setengah abad, telah melalui berbagai ranjau sebelum menemukan ramuan yang dizahirkan melalui Wawasan 2020 dan pelaksanaannya dilaksanaan melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List