MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA.... YANG HILANG KUASA.........???

on Sep 25, 2010

Umno Terus Meniupkan Api Perkauman


Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) menyelar kenyataan Tun Dr. Mahathir yang juga merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang terus menerus meniupkan api perkauman. Terbaru, kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar ‘lidah rasmi’ UMNO iaitu Utusan Malaysia yang bertajuk Melayu Hilang Kuasa. Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas yang dipetik daripada laman webwww.umno-online.com.

Persoalannya sekarang, benarkah apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu? Benarkah Melayu akan hilang kuasa dan ‘suara' sekiranya pakatan pembangkang (disebut Pakatan Rakyat @ PR)? Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik' dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan. Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa.
Mengambil contoh Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun dan 18 tahun sebelumnya, berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991. Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini. Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika UMNO benar-benar memperjuangkan Melayu?

Begitu juga ketika PAS & Barisan Alternative (BA) memerintah Terengganu setelah berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri daripada UMNO/BN pada tahun 1999 yang mana ketika itu YB Dato Seri' Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang selaku Presiden PAS menjadi menteri besar telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah UMNO berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004. Apakah ini tidak khianat namanya?

Fakta jelas menunjukkan bahawa PR ketika memerintah Perak selama 10 bulan, hanya 3,000 ekar tanah sahaja yang diberikan kepada orang cina sedangkan orang melayu juga mendapat 7,000 ekar. Itu pun setelah mereka menduduki tanah tersebut selama 70 tahun. Jika UMNO menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh EXCO PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar. Jika Dato' Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak. Kenapa tidak pemberian tanah seluas 7,000 ekar yang diberi kepada orang melayu tidak disebut? Siapa yang memerintah Perak sebelum ini kalau bukan UMNO/BN yang sanggup menahan permohonan orang Melayu walaupun untuk pembinaan sekolah agama. Berikut ini adalah bukti UMNO mengkhianati tanah orang Melayu di Perak :-

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)
- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)
Dan berikutnya tanah-tanah yang dikhianati oleh UMNO di negeri lain :-
- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.
- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat - Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

Dan banyak lagi fakta-fakta lain. Hakikatnya UMNO menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin. DPPP mencabar Tun Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat melayu.
DPPP merasakan sudah sampai masanya rakyat bersama-sama PR untuk mengubah lanskap politik Malaysia supaya kuasa menerajui negara tidak lagi diletakkan di ataskan bahu UMNO/BN kerana terlalu banyak bukti yang terang lagi nyata yang UMNO sememangnya penyebab utama Melayu mundur setelah 52 tahun memerintah. Bahkan buka sahaja Melayu, malah bangsa lain juga merasakan tidak selamat selagi mana ada UMNO yang jelas memperjuangkan dasar perkauman yang mengancam keselamatan negara.

Disediakan Oleh
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List