Kah....Kah...Kah...Ada lagi nak keluar parti.......???

on Sep 25, 2010



Lagi Pemimpin Kanan Cabang PKR Dan AMK Bakal Keluar Parti...???


PEMILIHAN kepimpinan dalam PKR yang sedang berlangsung kini mendapat perhatian semua pihak. Selepas 77 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali Azmin memperolehi 42 pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. 

Pencabar terdekatnya, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan. Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah pengarah Strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan. 

Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Bagi jawatan presiden pula, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat dua lagi pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut, menjadikan tujuh pencalonan sehingga ini.


Ketika pemilihan ini berlangsung dengan hangat, berlaku juga beberapa suasana panas seperti tidak berpuashati dengan tatacara pemilihan, dihalang dari bertanding, tiada demokrasi dan sebagainya. Di tengah kehangatan ini turut berlaku juga peristiwa mengejutkan apabila beberapa pemimpin kanan parti PKR dari Perak yang meletakkan jawatan termasuk Jawatankuasa Wanita dan tiga orang Ketua AMK dari beberapa Cabang. Sebagaimana biasa alasan yang diberikan ialah hilang kepercayaan kepada parti, tidak berpuashati dengan pemimpin atasan serta perjuangan parti sudah nampak berubah dan makin lari dari matlamat perjuangan tidak sebagaimana tujuan PKR di awal penubuhannya dahulu. Menurut sumber beberapa hari sebelum itu sudah kedengaran khabar angin mereka akan meletak jawatan, namun tidak diendahkan atau diambil tindakan oleh pucuk pimpinan parti peringkat negeri.

Berita terbaru pula, beberapa lagi pemimpin kanan PKR termasuk diperingkat Cabang dan AMK yang berjuang sejak di awal meletusnya reformasi dari sebuah negeri di Pantai Timur yang pernah dikuasai oleh Kerajaan PAS akan meletakkan jawatan. Alasan yang diberikan bukan kerana  hilang kepercayaan kepada parti, tetapi tidak berpuas hati kepada PAS kerana sering tidak membantu terhadap program anjuran PKR di negeri ini. Sebagaimana sedia maklum PAS yang sudah lama bertapak kukuh memiliki segala kelengkapan dari segi jentera, peralatan, tenaga kerja, petugas, markas persendirian dan sebagainya. Disebabkan PKR agak kurang memiliki kelebihan ini berbanding PAS, jadi mereka amat memerlukan PAS untuk sama-sama membantu mereka mengendalikan sebarang program terutamanya ceramah bagi memudahkan kerja dan meringankan beban. Sebagai kata pepatah Melayu “Berat sama dipikul, berat sama dijinjing”.

Namun menurut sumber terbabit, perkara yang amat dikesalkan semasa perbincangan bersama beberapa pemimpin Pas Kawasan dilakukan untuk menganjurkan ceramah melibatkan Ketua Umum sebelum bulan puasa lalu, wakil dari PAS membuat keputusan tidak dapat membantu PKR walaupun menyedari parti itu kekurangan segala-segalanya berbanding PAS. Ini menyebabkan aktivis PKR yang kurang tenaga kerja dan segala jentera terpaksa bertungkus lumus secara persendirian menyiapkan segala peralatan termasuk pentas ceramah yang sempat disiapkan sejurus sebelum ceramah.  Keadaan ini sudah pasti membeban dan memenatkan apatah lagi ia melibatkan program yang besar.

Melihat keadaan seolah-olah PAS merasakan diri mereka terlalu kuat serta tidak memerlukan bantuan dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat menyebabkan beberapa pemimpin kanan PKR  dan anak-anak muda dari AMK ini mula tawar hati untuk meneruskan perjuangan bersama PAS.  Lantas mereka bakal membuat keputusan keluar dari PKR bagi memilih hala tuju sendiri. Paling dibimbangkan seandainya perkara ini dapat dihidu oleh UMNO menyebabkan mereka ditawarkan tempat untuk berjuang bersama parti itu.

Justeru itu, demi sayangkan parti diharap semua pemimpin kanan dari PAS dan PKR wajar duduk semeja bagi menyelesaikan kemelut ini.  Walaupun sudah lama bertapak, PAS pasti memiliki juga kekurangan. Dan kekurangan itu berkemungkinan mampu ditampung oleh PKR.  Dalam Pakatan Rakyat seharusnya kena buangkan sifat “ini orang kita (PAS) atau oleh dia (PKR)”. Seandainya perangai ini masih diamalkan, jangan harap negeri ini mampu ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang, apatah lagi kalau bercita-cita besar untuk tawan negara.

TOL

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List