Choong Wei dalam persiapan menghadapi misi ke Sukan Olimpik. Persembahannya sukar diramal dan tidak konsisten. Dalam menghadapi Sukan Olimpin ini beliau membayangkan untuk kembali mendapatkan khidmat bekas jurulatihnya dulu yang juga bekas pemain negara, Misbun Sidek.
Namun dari bayangan yang diberikan adalah Misbun Sidek keberatan untuk menerimanya jikakalau pun tawaran dibuat oleh BAM. Ada yang terbuku dihatinya selama ini. BAM harus nilaikan semula dan dilihat dengan mata yang lebih jernih.
Masalah dalam sukan negara kita adalah penglibatan tokoh politik dalam pucuk pimpinannya yang kadangkala hanya bagaikan tikus membaiki labu. Mereka hanya ingin memeggang jawatan namun tidak pernah sedar diri bahawa mereka tidak mampu memberikan apa-apa sumbangan bagi memajukan sukan negara. Kerana itulah sukan negara tidak pernah dapat meningkat.
Di sukan SEA di Indonesia baru lalu, kita mendengar rungutan ahli sukan yang terpaksa berbelanja sendiri untuk menyertai acara yang disertainya, tetapi dalam masa sama pegawai-pegawai sukan yang pergi terlalu ramai bilangannya seolah-olah mereka mengambil kesempatan bercuti.
Ada pelari yang konon tidak berpeluang meraih pingat terpaksa pergi atas tambang sendiri namun dengan semangatnya akhirnya mengejutkan dengan meraih pingat. Namun terpaksa juga pulang awal tanpa mengambil pingat kemenangan kerana ketetapan jadual penerbangan pulang.
Selagi adanya ahli politik yang bukan dalam bidangnya memimpin persatuan-persatuan sukan, selagi itulah sukan negara kita tetap akan mundur. Kita harus mengubah sikap dengan lebih mementingkan mutu sukan negara dari hanya ingin memeggang jawatan tanpa ada keupayaan untuk meningkatkan martabat sukan berkenaan.
Saya tak dapat tolong :- Kata Misbun
0 comments:
Post a Comment