Otak wanita akan terangsang …
Menurut Dr John Marsden, pakar psikologi London, otak wanita akan terangsang dengan sempurna tatkala berbicara dengan individu yang disukai. Rangsangan tersebut mendorong jantung untuk berdegup tiga kali ganda lebih cepat berbanding keadaan biasa sekaligus menyihatkannya. Bukan itu saja, ia juga meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh terutama di bahagian pipi dan organ seksual yang mewujudkan perasaan bahagia ke dalam diri wanita berkenaan.
Aku cuba mengamatinya. Rasanya agak setuju dengan kenyataan pakar psikologi itu. Bagi aku, otak sesiapapun biasanya akan segar bugar (terangsang?) dan aktif bila berbicara dengan seseorang yang disukainya. Bila berbual dengannya akan rasa gembira. Rasa bahagia. Pasti nak senyum .. dan ideapun datang je. Mengalir terus. Masa berbualpun tak terasa lamanya. Rasa sekejap je.
Kontrasnya bila berbicara dengan orang yang tak disukai (mungkin ada sebabnya tak berapa suka) tentu akan rasa tak selesa. Rasa resah gelisah. Bila berbicara rasa nak cepat je tamatkannya. Ada-ada je alasannya. Mukapun takde cerianya .. dan sudah tentu otakpun akan rasa kaku dan beku. Cepat mengantuk. hehe ..
Bagi aku, berbicara dengan orang yang kita suka tak semestinya berdepan muka. Tak semestinya perlu menatap mata …
Walau sekadar berbalas komen kat entripun kalau orang itu adalah orang yang kita sukai, ia akan berikan kita rasa ceria. Malah boleh buatkan kita senyum. Seolah-olah sedang duduk berdepan dan dah kenal lama...
p/s – selalu juga senyum bila beri komen kat blog teman-teman …
0 comments:
Post a Comment