"SUDAH sampai masanya DS Anwar berundur", itu kata Dr Asri. Beliau tidak menyebut secara jelas mengapa perlu DS Anwar berundur. Cuma, beliau menyebut `politik design' DS Anwar kununnya tidak lagi bersesuaian atau tidak boleh diterima. Apa buktinya jika benar begitu? Dan, jika DS Anwar pernah berada di dalam parti dan kini kununnya sudah sampai masanya beliau perlu berundur, mengapa Dr Asri tidak pernah berada di dalam parti?
Persoalannya, mengapa Dr Asri tidak pernah ingin berjuang di dalam parti? Jika beliau tidak berminat untuk aktif di dalam parti dan sekadar untuk menjadi seperti `burung terbang bebas', maka jangan pula memandai menyuruh orang lain berundur dari politik kepartian. Apakah Dr Asri fikir politik itu `bidaah' atau tiada hukum yang mewajibkan berjuang di dalam parti? Apa `politik design' DS Anwar yang Dr Asri anggap tidak betul dan mungkin `haram' untuk kita bersama beliau? Jika Dr Asri boleh berikan hujah bahawa menyokong atau bersama parti yang dipimpin oleh DS Anwar itu bertentangan dengan ugama, saya fikir PAS lah parti pertama yang akan lari dari DS Anwar. Keengganan Dr Asri bersama gerakan Islam melalui PAS satu-satunya parti yang ingin perjuangkan Islam itulah seharusnya kita ragui.
Ini bukan melenting pasal Dr Asri menegur DS Anwar. Ianya sekadar menyuarakan rasa pelik mengapa Dr Asri mahukan DS Anwar tinggalkan perjuangan membela rakyat ini. Bukankah perjuangan itu tidak pernah tamat sehingga ke penghujung nyawa? Apa kata kita minta Dr Asri bersara dari berdakwah kerana beliau pun ada `design dakwah'nya yang kontroversi. Tentu Dr Asri rasa pelik bukan? Atau, mungkin Dr Asri bercita-cita mahu menggantikan DS Anwar sebagai tokoh agung itu? Cukupkah ketahanan Dr Asri untuk menerima ujian sepertimana DS Anwar telah alami? Jika sekadar ujian dibawa ke mahkamah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah, saya fikir belum cukup teruji lagi beliau.
Memang Umno amat suka jika DS Anwar berundur dari politik kerana mereka tahu kerana DS Anwar lah Umno sekarang hampir lingkup. Adakah kerana Umno suka, maka Dr Asri pun suka? Jika benar DS Anwar tidak lagi layak berpolitik, Dr Asri bawalah hujah dan sebut di mana tindakan atau dasar DS Anwar yang boleh menyesatkan umat Islam atau menghancurkan negara ini. Jika setakat menyebut `politik design', jangan lupa Dr Asri juga ada `Dakwah Design'nya yang tersendiri.
Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pengunduran Tun Mahathir dan Pak Lah. Tun berundur kerana rakyat sendiri terlalu lama mahukan Tun berundur akibat kemungkaran dan kezalimannya. Pak Lah berundur akibat desakan dari ahli-ahli Umno sendiri. Mereka berundur bukan kerana memberi ruang kepada tokoh baru, tetapi TERPAKSA. Tidak pula Dr Asri sibuk menyuruh Najib berundur. Bukan Dr Asri tidak tahu Najib punya angkara bersama Rosmah yang terang-terang banyak melakukan kemungkaran yang nyata. Mengapa Dr Asri mendiamkan diri dan menuding jari pada DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com
DR ASRI PUN ADA `DAKWAH DESIGN', MAKA BERUNDURLAH DARI BERDAKWAH
Copy & Posted By mahi on Nov 1, 2010
Labels:
Politik
0 comments:
Post a Comment