Kontroversi atau Orang Halusi........???

on Nov 1, 2010

Apa sudah jadi dengan keputusan terkini Pemilihan PKR 2010 ini. Selepas 68 cabang menjalankan proses pengundian 29, 30 dan 31 Oktober yang lalu tiba-tiba kita dikejutkan dengan kesilapan data pada keputusan terkini. Bukti jelas menunjukkan bahawaJawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP) yang tidak profesional dalam menentukan data tersebut. Biarpun Setiuasaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengatakan ia berlaku atas kesilapan manusia. 

"Kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya", kata Saifuddin. Memang mudah menyatakan kesilapan, namun sedarkan Saifuddin bahawa ia akan mengecewakan ribuan ahli PKR sebenarnya. Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga hari ini. 

Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10.00 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051 undi. Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi. Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 undi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperolehinya ialah 1,271 undi. Biar pun perkara ini nampak kecil dan hanya melibatkan parti sendiri, namun ia dianggap besar bagi sesetengah orang. Soalnya, kenapa berlaku perubahan data yang amat ketara sekali. Siapakah yang telah memasukkan data-data tersebut agaknya?. Bukankah mereka semua telah dilatih untuk melakukan demikian.

 Jika inilah keadaannya, kami khuatir ada pihak yang akan membuat protes tentang apa yang berlaku ini. Bukankah ia akan menyusahkan semua pihak sebenarnya. Jangan anggap perkara ini remeh-temeh dan masalah kecil. Ia memberi impak kepada parti secara keseluruhannya kelak. Justeru itu, haruslah lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan selepas ini. Kelak ia akan menimbulkan kontroversi yang boleh melemahkan parti.

[Selama ini kita sering menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika berlaku sebarang kesilapan atau kekeliruan terutamanya dalam masalah teknikal seperti ini. Soalnya sekarang, kenapa parti tidak menerima saranan sesetengah pihak agar Polling Agent Counting Agent (PACA) disediakan. Penggunaan borang seperti "Borang 14 SPR"yang ditandatangani oleh pegawai petugas JPP dan wakil calon adalah perlu bagi menggelakkan berlaku kesilapan seperti ini. Dengan kesilapan data yang berlaku hari ini, ia bukan sahaja mencemarkan imej calon berkenaan, malahan parti itu sendiri sebenarnya. Malah, ia juga menunjukkan seolah-olah wujud ketidak telusan dalam hal-hal teknikal seperti ini. Bukankah ia boleh memberi gambaran negatif kepada rakyat secara keseluruhannya. Jika inilah caranya, maka tidak guna diadakan "satu ahli satu undi"seperti yang diwar-warkan sekarang. Kita risau, keputusan keseluruhan juga akan berlaku masalah teknikal seperti ini. Bayangkan baru 68 cabang, parti sudah membuktikan kelemahan mereka yang cukup ketara. Apakah ini namanya agenda perubahan?]. Ulusan PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List