Pemimpin Umno Guna Bomoh...?

on Dec 16, 2011



Bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli politik supaya tidak mencari bomoh kerana ia tidak dapat menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum.

"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan.

"Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," katanya.

Menulis dalam blog beliau kelmarin, Dr Mahathir berkata, kita tidak harus menambah kepercayaan karut yang menjadi halangan kepada kejayaan orang Melayu yang sudah sedia banyak.

Dalam tulisan panjangnya itu juga, Dr Mahathir mengingatkan supaya orang Melayu tidak menjadi bangsa penakut dan percaya kepada makhluk halus yang tidak disebut dalam Islam seperti hantu, pelesit, toyol.

Katanya, kepercayaan yang berasal daripada zaman pra-Islam itu antaranya pernah menyebabkan kegagalan tentera Melayu menghadapi Siam sebelum kemerdekaan negara ini.

"Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

"Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu," katanya menyentuh mitos kebal orang Siam.

Menceritakan pengalaman peribadinya ketika bertugas sebagai doktor, Dr Mahathir berkata beliau pernah bertemu lelaki yang dikatakan kebal selepas dicucuk jarum emas ke badannya.

"Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum ke dalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

"Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal," katanya lagi.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List